Thursday, November 20, 2008
Congrats....!!!!
SYABAS!!! Team bola sepak sebuah kolej di beringin valley (bukan tempat sebenar) menang menentang Team PLUS.

Projek Lebuhraya Utara Selatan

Walaupun keadaan pada petang tadi disirami gerimis-gerimis hujan umpama selepas tamatnya konsert kumpulan HUJAN, namun pasukan kolej Beringin Valley(bukan tempat sebenar) tetap menang. bukan 1 gol, bukan 2, bukan 6 tapi 5 gol berbalas kosong. WOW.... hebat-hebat.

SYABAS sekali lagi kepada semua pemain yang menunjukkan bakat mereka yang MANTAP tu. Diharap kemenangan akan terus dicapai pada perlawanan mendatang menentang pasukan lain pula memandangkan bakat yang ditonjolkan sebentar tadi tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan kemampuan sebenar.

Perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai perlawanan 2 generasi, iaitu antara orang muda dan pok-pok (bapak-bapak) yang mungkin mempunyai 5-6 orang anak(no wonder la menang besar).

Tapi takpe, janji semangat kesukanan tu ade. takde perkare yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah..........perlawanan persahabatan la katakan. Kalau perlawanan pergaduhan barulah kita bergaduh atas padang tu. Kan? Ke tak boleh? Isy. Apa-apala

haa!! ade sorg mamat ni, berdiri kat tepi padang, lagak gayenye mcm manager...... ala-ala Sir Alex Ferguson gitu...
Mr qemin namenye (bukan name sebenar). hehehe....

bukan gambar sebenar

" woi defend2... turun"
" kiri tu...jage"

antara kata-kata yang diungkapkan oleh encik manager yang melantik dirinya sendiri setelah melihat ada peluang untuk menang.....

SYABAS kepada encik manager juga.....

Di kesempatan ini ingin juga penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Aiman Tiger dan Alif Nurhaziq aka Oggy (senior) di atas kejayaan beliau memenangi pertandingan membuat video sempena 150 tahun CIE..(dah tua upenyer CIE ni.huhu). Hebat jugak mereka berdua ni. Berjaya menjadi pemenang bersama pertandingan ni. Seluruh dunia hantar tu...

Peace no WAR (^-^)
posted by bukannamasebenar @ 11:47 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates