Sunday, March 1, 2009
TIADA TAJUK DALAM FRENSTER
Apabila hati resah ini
Mula berkata sudah
Mengapa ada saja yang cuba
Menceraikan nilai diri yang makin tiada

Apabila terdengar bisikan sukma
Agar jauh menjauhi semua
ada saja yang mengatakan dirinya masih muda

Aku bukannya nabi!
Aku bukannya ulama!
Aku bukannya bersekolah agama!
Akukan masih muda, banyak lagi masa untuk ku, hidup mesti 'enjoy'...

Jika aku berkata kasar
Bukan itu yang disuruh baginda
Jadi bagaimana ingin diri ini melihat kedamaian kebahagiaan
Yang dituntut oleh Maha Pencipta Segala

Aku bukannya seorang tahfiz yang cukup benar melepaskan hujah dek dihujani kata-kata celaka
Jika merintih adakah manusia yang mendengarnya
Jika menagih adakah manusia yang melihatnya

Teringat pula akan kata-kata
Siapa?
Bush!
Salah benar untukku mendengar kata-kata pendusta

Yang kudengar
Hussain Bin Ali r.a.
apabila anaknya berumur belasan tahun yang ditikam musuh
yang berkata megah bahawa merekalah pemegang agama

"Ayah, aku dahaga..."
"Sabarlah nak, sebentar lagi Rasulullah akan memberi kamu minum dengan cawan dari syurga"

(I'm not an angel to be like that...)
(Enough!)
(Kalau awak nak buat baik, buat baikla sorang-sorang)

Mestikah hati ini kembali seorang diri
Membiarkan teman yang lain masih terlupa
Mungkin mereka tidak sedar
Mungkin ada yang memaksa mereka
Mungkin ada syaitan manusia yang cuba memusnahkan segala

Bukan kupinta untuk mereka bersolat 24jam
Sujud sehingga dahi terluka
Ku tidak halang untuk mereka bergembira
Ku tidak katakan usah kau melayari internet
Sedang kusendiri menggunakannya
Bukan kupinta sekadar hanya melihat artikel agama
Yang lain itu dosa
Yang lain itu lara
Yang lain itu tidak berguna
Sekali pun tidak kuhalang mereka menggunakan 'friendster''myspace'
ber'chatting'...
Sudah lumrah alam yang moden
terutama mereka yang bergelar remaja
Bukankah mereka itu separuh gila

Yang kupinta ibu ayah tidak dilupa
Akhlak dan maruah diri harus dijaga
Azan berkumandang dilaksanakan seruannya
Nasihat baik diterima
Perintah agama sentiasa di jiwa
Yang dilontar dari mulut itu biarlah emas permata
Pinta dibuang kata-kata hina
DENGKI! BENCI! FITNAH! DUSTA! KHIANAT!
Itulah yang kupinta jangan

(What's wrong with U,huh..! Engkau ni tak paham-paham laa!)

Sabar teman, benarkah umurmu masih panjang?

Dipetik dari laman friendster AMIR, Pres MUSCOM yang baru
posted by bukannamasebenar @ 12:52 AM   1 comments
Sunday, January 25, 2009
MACAM2 ADA
Akhirnya setelah beberapa kurun penulis x update blog ni, dapat juga penulis update. Bukn apa, kat kolej dalam hutan (bukan tempat sebenar) tempat penulis bermastautin tu sibuk amat dgn aktiviti2 yg sgtla banyak hingga x bhenti-henti. Dengan Icannya, CNY, dan tak ketinggalakn bangsawan (ramai sebut bangsatwan@bangsa sawan). Kebetulanla cuti skrg ni haa. bolehla penulis balik dan mengupdate blog ni.

Pertama sekali penulis nk ckp pasal Palestin. Penulis xnak crita psl apa yg blaku kt Palestin tp apa yg blaku kt kolej dlm hutan ni. Ntahla. Penulis tsangatla kcewa dgn apa yg blaku. Bukan apa. X nampak apa progrm pon yg dibuat. Sekdr qunut nazilah dan kutipan derma. Nur Jumaat juga. Tu pon ntah brapa kerat je yg baca. Ada satu malam tu penulis lepakla kt kafe. Biasala makan2. Sambil tu tgok brita. Adala seorg kwn penulis ni mpersalahkan Palestin atas apa yg blaku. Penulis mula2 nak mrah juga tp x jadi. penulis terangkn kt dia. Rupa2nya memg dia xtahu apa sbenrnya blaku. Jadi nak salahkan siapa ni? Apapon penulis ucapkan tahniah kat SC yg dah nk letk jwtn tu menerbitkn newsletter edisi terakhir. Bukan nk bg kata2 terakhir tp buat edisi khas untk Gaza. Ada 2 helai. Satu warna hijau satu warna kuning. Semua exco bg kata2 masing2. Tsentap jugakla penulis lpas baca newsletter tu.

Isu kedua yg penulis nk sentuh ialah surau. Penulis tgok surau tu makin lama makin sepi. Makin hari makin kurang ahli. Ada org kata sebb bangsawan. Tp penulis x la nak rasa mcm tu. Adala btolnya tapi yg g bgsawn tu brapa kerat je haa! Kalo g tgok kt tempt house2 buat keje mcm xd org pon. Secoek je yg ada. Sama2la kita pk kan mcm mana nak atasi mslh ni. Ni bukan penulis ckp pasal Subuh ni! Tapi 4 waktu yg lain. Kalo asar tu sunyi sepi je rasanya.

Isu seterusnya. fuuh. Banyak pulak penulis merepek kali ni. yela. Dah lama x mempuaka niang rapik (merepek). X lain dan x bukan, bangsawan. Ada org tu penulis tgok sebelum ni rajin btol g surau. Solat di awal waktu gitu. tapi smenjk mende2 ni start, alhamdulillah masih bsolat tp slalu sgt di akhir waktu. Ada yg dlu mukenya fuuuh. manis betol. Senyum je memanjang. Tp skrg ni penulis tgok pon tensen. Muka masam mengalahkan cuka!

Ckupla penulis merepek kali ni. Nanti insyaAllah penulis smbg lagi. Same2la kita pk kan mcm mana nk atasi mslh2 yg blaku ni. Lpas tu, kena sdarkn n btau kpd org yg xtau. Penulis dah sedarkn n btau korg. Korg kenala sedarkan n btau org lain yg x sedr pulak. Hihi.

NO MORE PEACE BUT WAR ON ISRAEL
posted by bukannamasebenar @ 3:34 PM   0 comments
Tuesday, December 30, 2008
KORG WAJIB BC NI KALO KORG RASA KORG MANUSIA!
Bbrp hari penulis x online slnjtnya x update blog ni. Buknnya penulis xnk online tp penulis asik menengok tv je. CNN, AL-JAZEERA, BBC. Berita apa lg yg penulis tgok kalo bukan pasal perlanggaran Gaza oleh si Israel laknat. Penulis terasa x mampu nk online. Nk ikut je pkembangan tu. Sambil tgok, penulis menangis. Bkn menangis umpama lakonan dlm filem Rajoo Chacha tp btul2 menangis. Teresak-esak. Sedih amat penulis dgn apa yg berlaku.



Time penulis menulis ni, diberitakan setakat ini sudah 360 org syahid diserang Yahudi bangsat. Yahudi bangsat ni buknnya berani man to man. Dia sergnya gune jet pejuang. Kalo betol berani, man to man guna senjata yg sama la!

Pejuang2 kat Gaza tu xd senjata canggih2. Bom pon buat sendiri je. Entah jd entah x. tapi, diorg x kesah. Diorg berani dan yakin dgn janji Allah untuk memberikan pertolongaNya.

Korg tau x apa sebbnya penubuhan Ooh I See (bukan organisasi sebenar)? Dlm erti kata lain, apa titik-tolak tertubuhnya Ooh I See (bukan organisasi sebenar)? Korg tau x? Ada dlm buku sjrh tp penulis x ingtla buku form brapa. Ooh I See (bukan organisasi sebenar) ditubuhkan setelh blakunya pembakaran masjidil Aqsa pd 21 ogos 1969. Tujuannya kira lebih kurg nk mengembalikan Palestin sbgai bumi umat Islamla.


Tapi, kalo tanya org ramai apa peranan Ooh I See (bukan organisasi sebenar), mesti org akan ckp meningkatkn ekonomi negara anggota, menjalin kerjasama perdagangan, keselamatan bla bla bla. Penulis x kesah nk buat mende2 tu. Bagus sgt. Tp, mslhnya tujuan asal penubuhannya nampak dah jauh sgt larinya. Tadi dalam berita ckp hari sabtu ni akan diadakan persidangan tgempar mengenai isu palestin ini di Jeddah.

Kepala hotak anda Ooh I See (bukan organisasi sebenar) oiiiiii. Dah brapa hari berlaku hari sabtu ni baru nak bsidang? Lpas bsidg tu buat apa? Kuarkan deklarasi mengutuk sergn ke atas Gaza? Mcm la Israel celaka tu heran dgn deklarasi ko wehh.Mana tah mtlmt asal pnubuhnnya. X penah dgr lg ngr2 Ooh I See (bukan organisasi sebenar) ni hntr tentera msg2 ke Palestin.

Penulis menyeru kita bersama memikirkan menda kita boleh buat nk tlg sedara2 kita di Palestin ni. Penulis mintak maafla ckp ni. Penulis agak kecewala dgn blogger2 kolej dalam hutan (bukan tempat sebenar) yg mcm x concern lgsg psal isu Palestin ni. Penulis ronda2 blog bloggers kolej dalam hutan (bukan tempat sebenar) tapi x jumpe apa2 kata2 hatta kt shoutbox pasal ni pon. Mungkin bloggers sekalian terlalu bersedih. Sedih spt penulis hgga x mampu nk tulis psal isu ini. tp, korg kena lwn kesedihan tu. Kene sdarkn seme org psal isu yg blaku ni. Rmai lg org2 yg x sdar psal ni. Org yg lebih sibuk plan nak enjoy kt mana taun baru ni!



Korg tulisla apa2 pon. Copy je artikel mana2. Ni penulis bg dua channel. Byak lagi sbnrnya. Tp, tgokla yg dua ni dlu. Palestinkini n Satuumat. Selain progrm ksedrn ni, penulis xtau apa lg penulis boleh buat. Korg cdg2 la ape mende lg kita bleh buat utk tlg sedara2 kita ni. Jgnla anggap diorg sbg org yg kite x knal yg berada nun jauh di fatamorgana tp anggap mereka mcm mak bapak datok nenek kite sendiri. Nak tgok mak bapak datok nenek kita susah diserg mcm tu?

Soryla. Penulis agak emo. Kalo terasa, penulis mintak maap bebyk ye. Yg pentg, jom kite lakukn sesuatu!

NO MORE PEACE BUT WAR ON ISRAEL!!!
posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM   5 comments
Saturday, December 27, 2008
MENANTI DAHAN MERANTI
Kumenanti
Terus menanti
Dan terus menanti
Namun kutahu kuharus berhenti menanti
Lantaran kalau kuterus menanti
Tak terupdatela blog ni nanti!

Best x pembuka kata penulis kali ni? Bersajak pula penulis ni. Biasala. Dah lama x bersajak-sajak ni. Tu x berapa best sgt tu! Sebenarnya penulis ni ternanti-nanti idea nk update blog ni. Tapi tula. X datang2 idea ni. Jadi penulis dok menaip jela ni. Kot2 sambil menaip ni idea tu datang. Hihi.

Baru 2 hari yg leps org2 beragama kristian menyambut perayaan krismas. Jadi x tlambt rasanya penulis mengucapkan slmt mnymbt hari krismas buat anda yg menyambutnya!

Nak dijadikan ceritanya, mcm biasala smbutn krismas ni. Ada Santa Claus kat shoping complex, ada nyanyi2, ada bg2 hadiah dan mcm2 la. Yang penulis rasa pelek dan jeleknya bile tgok ada antara penyanyi2 ni org melayu! Beragama Islam! Yang jadi Santa Claus tu takla penulis tau siapa. yela. Pakai baju santa claus kan.

Takla salah kite yg beragama Islam ni meraikan diorg yg bukn Islam ni. Tapi, salah untuk kita merayekan perayaan keagamaan mereka! Kalo sekadar mgucapkan Merry Christmas, g rumah terbuka diorg ke. Tak salah. Asalkan niat kita bukn nk mengakui kbnaran agama diorg tp skadar mnjalin psahabatan dan kharmonian dgn diorg.

Yg salahnya bile kite pulak yg lebih2 nya dari diorg! Kite pulak yg sibuk g nyanyi lagu2 krismas tu. Sibuk g jd Santa Claus dan sbgainya lg seolah-olah kite yg menyambut perayaan tu bukannya diorg!

Jd, penulis di sini ajakla kita sama2 mperbaiki diri kite. Kalo ada kawn2 atau sedara2 tlibat dlm hal2 ni, suhla diorg btaubat dan meningglkn mende2 ni supy akidah kite x tjejas! Dahla. Penulis pon dah xtau nak cakap apa.

Peace no war ^-^


posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM   0 comments
Saturday, December 20, 2008
JanJi...
aarhh(mengeluh).. Lama betul penulis mencari idea. Susah benOr nak dpt. maklumla.. holiday la katakn. Otak penulis pOn agak beku sket.

hmm.. cukup la sebagai intro..
penulis sebenarnya nak bercakap pasal JANJI. Last week, penulis ada temujanji dgn 5 org kawan lama.. kitorang dah lama x jumpa.. lbh kurg 3 thn lamanya. kitorang JANJI berjumpa di KLCC pukul 10 am.. spesifikkn lg kat dpn TGV bwh KINOKUNINYA.. nak tgk movie.. hehe..

Pada awalnya.. penulis agak excited nak jumpa kwn2 penulis tu.. penulis keluar dr rumah pukul 8.30 am (semangatnye).. bukan apa.. takOt2 terlewat.. Alhamdullilah.. tren x buat hal.. so penulis sampai kat KLCC around 9.30am.. penulis bergerak menuju ke tmpt yg hendak ditujui..

Then penulis trOs beli tiket wayang 6 keping.. cite Twilight.. cite tu start kul 10.30am..
lbh kurang kul 10, 3 org kwn penulis tiba.. seronok penulis dpt jumpa diorg.. kami berborak sementara menunggu 2 org lg dtg..

Borak punye borak.. dh kul 10.30.. kelibat 2 org rakan penulis masih blum kelihatan.. kami cuba call.. tp x dijawap.. mane pegi la 2 org ni.. xkn la xde coverage tmpt diorg..
dgn hati yg kecewa bercampur marah.. kami mengambil keputusan untuk x menunggu diorg sbb cite dh nak start.. jap lg terlepas..

mase penulis tgh layan movie tu.. slh sorg kwn penulis call.. dia tgh tgu kt luar cinema.. xbleh masuk sbb teiket ada kat penulis.. haha.. pdn muka ko.. sape suro lmbt.. bisik penulis.. tp penulis x la kejam sgt.. penulis pOn keluar la 'menjemput' die..

mana sorg lg.. penulis tertanya2.. penulis malas bertanya sbb nak cepat.. jap lg part best terlepas.. hehe.. dipendekkn cite.. sorg lg kwn penulis tu x jd dtg.. sakit btOl hati ni..
dh la kite tunggu die.. last2 x dtg.. npe x bgtau awl2.. nak tau apa alasan die.. " aku bangun lewat".. what the>&*%$#

alasan yg sama sekali x bleh DITERIMA.. dh la x dtg.. penulis pOn rugi.. 1 tiket lg buang mcm tu je.. bg org lain lg bagus.. mmg time tu penulis angin giler..

hmm.. cukup rasanye penulis membebel..
penulis bknye marah sgt sebanarnye.. tp sbb JANJI x ditepati dan pentingkn diri sendiri.. tu masalahnye..

'cantikkn'

hmm.. same2 la kite runungkn..
penulis berharap kite sama dpt mengubah sikap kite..

pEacE no WAR ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:54 PM   0 comments
Friday, December 19, 2008
bila Si Perepek kunyah Kerepek

Kata Hari Ini
Kotakan janji
Usah Ditangisi
Hidup Yang Sementara
Sekelip Berubah
Sekelip Berubah

Penantian Ini ... Kehausan
Kerana Aku Sedang
Di Padang Pasir
Perjalanan Jauh
Tanpa Tafsiran
Itulah Pedoman

Tidak Kira Waktunya Tiba
Pasti Geraknya Bermula
Gerak Bermula
Gerak Bermula...

Dan Aku Juga
Sama Sama
Mahu Mengerti Maksudnya Yang Nyata
Ianya Terselindung
Oh.. Di Dalam Banyangan

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu
Ada Waktunya...
Di Mana Janji
Dan Tiba
Di Kala Fajar Pun Mula Menyinsing
Dan Menutupi Malam
Meratapi Oh.. Sengsaranya
Darimana Hadirnya
Oooo...

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu - Waktunya
Dan Tiba
Di Kala Fajar Pun Mula Menyinsing
Dan Menutupi Malam
Meratapi
Oh.. Sengsaranya
Dari Mana Hadirnya

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu - Waktunya
Di Mana Janji
Ada Waktunya
Aku Tempuhi
Dan Aku Tempuhi

Ke Mana Lagi Hendak Ditujui
Perjalanan Ini
Perjalanan Jauh Telah Ditempuhi
Telah Kutempuhi
Aku Tempuhi
Oh... Aku Tempuhi
Aku Tempuhi...

Haaa!lanjutan darii post penulis semalam,ada pembaca mencadangkan penulis mendengar lagu ini..

tajuk lagu = Langsung Tak Faham!
nyanyian = XPDC..

sedap juga bila dengar lagu nih..mmg sesuai dengan post penulis tempoh hari kan?walaupon langsung tidak faham apa yang nak disampaikn,kerana penceritaan lirik yang agak tidak ada flow,namun,penulis memahami sesuatu yang tersirat di sebaliknya..apa dia?

Haaa..itu korang fikir sendiri la!bak kateNabil Raja Lawak, "LU PIKIR LA SENDIRI!"..

Renung2kan..dan fikir2kan..

PeacE nO waR! ^_^

p/s : kepada sesiapa yang dapat memahami cerita disebalik senikata lagu ini,diharap kongsi2kan la ye?mane la tau same dgn ape yg penulis tafsirkan..




posted by bukannamasebenar @ 9:50 PM   0 comments
Thursday, December 18, 2008
REPEKAN SI PEREPEK
Perghhhhh. Haru-biru penulis tengok shoutbox tu semenjak dua kala ni. Ternyata rmai yg jadi bukn dirinya yg sebenar di blog bukan nama sebenar ni. Ada laporan penulis dapat mengatakan ada org lain guna name org lainla. Mcm2 lg! Bak kata Astro, "Mcm2 ada!".

Selain gune name org lain, ade jugakla yg x puas hati dgn penulis ni. Yela. Penulis gune bukan nama sebenar. Untuk makluman anda cik abang, cik kakak mahupon cik adik yg x puas hati, kalo penulis gune nama sebenar, takdekla blog ni jd bukan nama sebenar! Jadi nama sebenarla! Kan? Hihihi. (dihrp korg gelk lpas bc statement ni. tgh buat lwk ni!)

Xdekla. Sbnrnya apa yg penulis nak bgtau hari ni ialah x penting pon sape penulis ni. Tak kesahla penulis ni batch 10 ke batch 11 ke mahupon batch 9! Tak kesahla penulis lelaki, perempuan mahupon khunsa! Tak penting semua tu!

Ada yg ckp penulis ni ckp je lebih. Orang UK kata "talk fire-fire". Sbb tu x btau nama takut org tau yg penulis ni pon same jugak. Memg btol dan benr serta tept pon apa yg disgka tu. Penulis pon join same gak. Cthnya masa Christmas party, Majlis wida' kat cafe tu, end of sem dinner, jd ular. Kat surau pon penulis g jugak. Seme penulis join. Kalo x mane bleh tgkap gamba2 tu. Btol x?

Perlulah korg semua pahami lagi dalami serta hayati tujuan blog ni diwujudkn iaitu MENGUMpul pendaPAT. Bilamana pndpt2 ni dikumpul, termasukla skali lgkh pnyelesaian, maka strusnya tpulgla kpd kite semue utk mlakukn sesuatu utk cube mperbaiki ketakbetuln yg berlaku dlm sistem kite ni. Blog ni xd nk mnylhkn mne2 phak. Cume mgkinla kdg2 ada tpeds skit tp tu tujuannya mnyedrkn pmbaca blog ini juge!

Jadi, stlh penulis mengclearkan umpama syampu clear isu ini, penulis harap tiada lagila insan yg x bpuas hati dgn penulis. Nak tak puas hati juga xpela, tp jgn kecoh kt shoutbox tu! Nnt org ingt ada pgaduhan. Tak elok dilihat mata. Apa2 hal emel penulis yek! Hihi.

emel : bukannamabetul@yahoo.com

Okla. Penulis dah tak tau apa nak direpekkan. Korg semue pon mesti dh bosan bc repekan penulis. Hingga bertemu lg!

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:39 PM   0 comments
Tuesday, December 16, 2008
ABANG QEMIN QEMUN
Yessssssssss. Akhirnya penulis bjaye jugak mencipta rekod baru. Rekod x update! Hihi. Dah 6 hari. Tapi xleh tahan jari-jemari penulis ni. Takde keje lain. Nak mengupdate je kejenya. Peminat-peminat penulis tnyata bsabar dgn penulis. Xd rungutan langsung! Hihi. Sory la ye. Penulis xd idea nk update psal ape! Dok bace blog2 orang jela spnjg hujg mggu lps. Ingtkn blehla dapat idea ke, gosip baru ke. Tapi tula. Xd!

Hah! Kalo tgok tajuk post ni mesti semua plek. Ape plakla kene mengene si Abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) dgn penulis ni? Abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) ni umo nya lebih kurgla dgn pnulis. Tapi sebab penulis xtau brape yg sebenonya, penulis panggilla dia abang (jgn slh phm pulak.hihi).

Nak dijadikan crite, mggu lpas penulis ni terbukakla blog Abang Qemin Qemun(bukan nama sebenar). Fuuuh. Menarik tulisan dia. Zaaaaaas! Tersentap penulis bace! Mase tu dia tulis tajuknya sosial@x? Penulis memg nk komen tp penulis hold dlu. Sebb dia ckp ada smbungannya. Baru bbrp saat yg lalu penulis baca smbungannya. Tajuknya Siapa Kita?

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap! Tersentap jantung, jiwa dan raga penulis baca abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) ni tulis. Huh. Penulis jd xtau nk ckp apa. Xtau nk komen apa. Korg g la baca sendiri ye!!

Baca kat sini

(Penulis tgh xd idea nk update blog psal apa. Tu bg review blog org je ni. Hihi. Korg bg la idea kt penulis. Sian penulis)

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:11 PM   1 comments
Thursday, December 11, 2008
RAYE DI KAMPUNG
Fuuuuuuuuuuh. Lama amat penulis x update blog ni. Biasala. Sibuk beraya korban ni. Kan 4 hari raye nya. So, raye dah tamat maka penulis terpaksalah kembali beraksi. Kalo tak, lari pulak peminat2 penulis ni. Ye dok? Hihihi. (perasan ada peminat)

Maka, raya haji baru2 ni penulis pulangla ke kampung halaman penulis yang tercinta. Suasananya kekal damai dihembus bayu laut yang bertiup sepoi2 bahasa Melayu. Seperti kebiasaanlah, ada upacara korban dijalankan.

(bukan lembu korban)

Nak dijadikan cerita, masa melapah dan menyiang daging ni ramaila pok-cik mok-cik join sekali. Melapah dan menyiang sambil MENGUMpul pendaPAT. Penulis yang memang terkenal suka MENGUMpul pendaPAT turutlah serta dalam perbincangan mereka. Cuma, penulis sedikit sedih dan terkesima mendengar pendapat-pendapat mereka yang rata-rata berkisar isu ekonomi keluarga.

Salah seorang pok-cik sedikit mengeluh mengenai kedudukan kewangan keluarganya. Bukan mengeluh menyalahi takdir, cuma bimbang sekolah dah nak bukak. Duit nak makan pon cukup2 je. Dulu bolehlah senang sikit tapi semenjak harga kelapa sawit turun dengan teruknya ni, pok-cik mok-cik ni dah takleh buat apa. Harga jualan sawit sekitar 200 setan. Upah orang potong buah dan lori 60 setan. Tinggalla 140. sebulan bolehla dapat dalam 6 tan. Nampak macam banyak, tapi harga baja tinggi terlajak. harga racun pun melampau-lampau. Pok-cik mok-cik ni takleh nak buat apa!

ni la pokok kelapa sawit

Yang penulis heran lagi pleknya, harga minyak kelapa sawit yang dijual takla pulak turunnya. Kalo dalam botol besar tu haa dalam RM13-14 jugak sebotol. Sama je masa harga kelapa sawit mahal dulu. Kalo nak guna ilmu hisabla, sepatutnya berdasarkan harga kelapa sawit semasa harga minyak sawit tu sepatutnya dalam RM6-7 je weh!

Berbalik kepada persoalan asal. Yela. Sedih penulis tengok dengan mereka. Dahla kelapa sawit tak berharga, harga barang pulak naik melampau-lampau. Beras, milo, nescafe, susu. Semua2 la. Nasib baikla harga minyak dah turun sikit (walaupon sepatutnya turun banyak).

Kita pk2 la balik. Penulis rasa ramai je kawan2 kita yang turut terlibat dalam situasi ni. Kita je tak ambik tahu. Kalo boleh, bantu2lah mereka ni. Satu lagi perkara, ambikla iktibar dari kesengsaraan mereka ni. Penulis tau dan sedar ramai dari kalangan pembaca blog penulis ni berkemampuan. Kadang2, kita melakukan pembaziran yang melampau dan terlampau. Tanpa kita sedar, kita melukakan hati sahabat2 kita yang bukan sahaja tak mampu untuk melakukan pembaziran sebegitu, tapi tak mampu pon memiliki apa yang kita bazirkan!

Sekian...

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 9:27 PM   0 comments
Sunday, December 7, 2008
SALAM AIDILADHA

Penulis ingin mengucapkan kepada semua salam aidiladha. Sembelih lembu tu elok2 ye! Gunakan pisau yg tajam. Kalo x tersiksa lembu tu nanti. Isk isk isk. Kesian

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:15 PM   0 comments
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates