Sunday, November 23, 2008
U.L.A.R ???
Kalo kita rajin bukak kisah-kisah klasik, orang-orang tua cerite ular ni ada kaki. Tapi sebab kes apa tah maka hilanglah kaki ular ni. Tapi, satu kejadian pelik lagi ajaib telah berlaku di K****. Beberapa ular jelmaan homo sapiens bukan berjalan tetapi sebaliknya telah berlari apabila serbuan oleh jabatan perhilitan (pak guard) dijalankan.

Repoter bukannamasebenar merepotkan kronologi(cewah ayat) kejadian di mana sebelum lori jabatan perhilitan datang, ular-ular ini berlari-lari ria umpama shah rukh khan dengan aishwarya rai dalam filem bollywood mohabbatein. Maklumlah, ular-ular ini tidak dapat lagi menjalankan aktiviti harian mereka selepas malam itu memandangkan musim ular berhibernasi telah tiba(wah,ular pon hibernate tau!).

Repoter bukannamasebenar juga merepotkan Timb. Pengarah Jabatan Perhilitan sendiri turun padang untuk menangkap ular-ular ini. Repoter yang menyorok di sebalik timbunan sampah di dalam longkang tepi padang ini juga terlihat kelibat Pengarah Jabatan Perhilitan yang tiba kemudian. Repoter yang ketakutan terus merangkak pulang ke chalet kerana bimbang akan dipatuk ular-ular yang mungkin masih berkeliaran.

Suasana yang sebelum ini ibarat funfair Pak Maon dalam filem Zombi Kampung Pisang berhampiran chalet penulis tiba-tiba menjadi sunyi sepi ibarat rumah hantu pada malam terakhir ini. Penulis merasa pelik bin ajaib kerana merasakan malam ini sewajarnya ular-ular ini bermaharajalela sebelum tiba musim hibernasi.








Penulis keluar untuk meninjau tempat kejadian sebelum ini. Ternyata, ular-ular sudah berhibernasi lebih awal. Tiba-tiba penulis ternampak bayangan 2 gergasi "besar" sedang melakukan rondaan mencari ular lantas penulis segera melarikan diri seperti ular tadi bimbang disangka ular.

pEacE no waR!

daa...

*ular adalah sekadar analogi penulis!
** gambar-gambar sarang ular yang telah ditinggalkan "penghuninya".
posted by bukannamasebenar @ 9:52 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates