Saturday, November 29, 2008
AYAM KE TELUR DULU???
Baru-baru ini penulis adalah berkunjung ke sebuah masjid berdekatan dengan kediaman penulis. Dah lama jugak x jejakkan kaki. Maklumlah. Lama duduk dalam utan di tengah-tengah Malaysia tu. Damai dan syahdu sungguh rasanya. Disulami hembusan bayu yang bertiup sepoi-sepoi berbahasa Melayu.

Nak dijadikan cerita, berlakulah satu kemeninggalan dunia ayahanda kepada seorang ahli kariah. Yang peliknya (xleh nak pakai yang pelik lagi jelik. kontroversi) terus berpakat tok-tok imam dan sepupu sepapat mereka beserta ahli kariah yang lain untuk mengadakan bacaan tahlil dan yasin.

bukan gambar sebenar

Aihh. Hamba Allah tu baru je meninggalnya beberapa ketika. Memanglah jauh jaraknya. Bukan kat negeri sama pon! Tapi, mana yang lagi utama ni??? Yasin dan tahlil ke solat jenazah??? Penulis pun hairan lagi pelikla melihat situasi ni. Penulis pun tanyala kat Pak Imam.

Penulis : Assalamualaikum pak Imam. Awat x buat solat jenazah ghaib je? Baru lagi meninggal ni

Pak Imam : Waalaikumussalam. Hmmm. Betul jugak. Xpela. Semua semangat nak bertahlil dan yasin ni!

Penulis : Wat everla imam oiiii

Itulah situasi yang berlaku. Penulis rase bukan kat tempat penulis je, tapi berlangsung di segenap alam maya bumi Melayu nusantara ni. Tak paham penulis. Sedangkan Nabi SAW tu bersolat jenazah secara ghaib bila mendapat perkhabaran pemergian Najashi, Raja Habshah. Takdek pulak nabi SAW kumpul sahabat-sahabat ajak bertahlil dan beryasin!!

Penulis ni bukanla nak condemn orang yang baca yasin ke tahlil ke bila ada orang meninggal. Bacala. Soal pahala tu sampai ke x kat si mati biarlah Allah yang menentukan. Cuma soalnya sekarang, mana nak didulukan ni??? Solat jenazah bersumberkan sunnah ke tahlil dan yasin???

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah ek!

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM   0 comments
Wednesday, November 26, 2008
so-SIAL?
hai!sorry for d late post..penulis sedang mencari ilham dalam sehari-dua nih..maklumlah,repoter2 penulis kan sedang bercuti..cuti semester la katekan..so tak bole la nak bawakan kontroversi2 yang ade sekitar tempat penulis menuntut(k****)..maaf ye??

ha!!walaupun bukan di k****,bukan bermaksud penulis tak ade ape2 berita mahupun kontroversi yang ingin dikongsi,tau! dunia kat luar lagi luas,maka lagi banyaklah kisah yang nak dikongsi untuk paparan dan renungan bersama..(pergh!ayat tazkirah tu!!)

nak dijadikan cerita,semalam penulis bersiar2 di kota tempat penulis menetap..kat mane tu??tak boleh la nak khabarkan kat sini,nanti identiti penulis terbongkar!sape yang susah kelak?penulis dan badan sendiri la kan..(sekadar selingan)

penulis duduk di tangga depan pintu masuk seketika sementara menunggu teman tapi mesra penulis sampai(^-^)..agak lame jugak la penulis tunggu kat depan tuh! 30min kot..semasa menunggu,penulis ade tergelak2 dan tersenyum kadang2..nak tahu tak sebabnye?ha!penulis nampak macam2 ragam pemuda melayu yang kemungkinan besar beragama Islam berlegar-legar depan penulis..

yang pelik dan jeliknye,(ayat kontroversi) mereka ni datang dalam pelbagai pakej..menarik dan unik2 pula 2..setiap pakej ade kelebihan yang tersendiri..lelakinya yang bercelak hitam tahap legam,berambut landak dan berjeans ketat..pompuannye pula ade yang bertudung,baju ketat sehingga nampak lemak2 di kiri kanan pinggang,dan berjeans ketat juga..

pakej yang lebih menarik bagi penulis adalah pasangan yang berpelukan, dan berkostum sedondon..seperti pinang dibelah dua gitu!yang cowoknya berbaju sendat,berantai basikal dileher(rantai besar yang ikat basikal zaman2 bawa basikal ke sekolah 2!),dan bergelang tajam disebelah tangan..ceweknya pula hampir serupa,cuma rambut je yang panjang sikit..yang musykilnye,gelang tajam kat tangan tu tak pernah tercocok ke kat pinggang teman yang dipeluk???aduh,sakitnye kalau tercocok!ish..ish..


penulis terfikir sejenak..budaya mane yang diikuti?trend mane yang diselami? sampai timbul pakej2 berlainan macam kat Malaysia nih..kalau kat sekolah dulu,rakan2 penulis akan bagi jawapan,"Remaja sekarang ni ikot Budaya Barat cikgu!". tapi penulis musykil lagi sekali..betol ke budaya barat menjadi faktor utama penyilangan masyarakat dan budaya Melayu??

secara tibe2,penulis teringat balik satu artikel yang penah dibaca..artikel ni membincangkan konflik ironi situasi yang berlaku kat Malaysia ni sebagai sebuah negara Islam..mengapa Umat Islam kat Malaysia ni take things for granted,sedangkan penganut Islam di US contohnya, lebih berusaha untuk mencari hidayah sebenar??pendek kata,umat Islam disana lebih mendalami Islam..bukan seperti kita di Malaysia,Islam hanya pada nama,dihati tiada rasa!mengapa???

baru-baru ni,dunia dikejutkan dengan berita bahawa raja pop dunia, Michael Jackson (bukan name sebenar,hehe) memeluk Islam..ha!!terperanjat berok semua!yela,penyanyi yang byk kontroversi la katekan..btol tak??tapi,hal ini bukti masyarakat Islam di US makin kuat..setuju tak??

jangan salah paham,penulis bukan nye nak kritik para pembaca yang berbudaya begitu(gothic,punk n what not)..mungkin sekadar penampilan luaran,namun dihati,siapa tahu kan??(^-^)so, diharapkan pembaca dapat sedikit sebanyak input yang hendak disampaikan..

sekian!fikir2 dan renung2kanlah..

pEacE no WAr!

adios!

*gambar2 sekadar hiasan..tiada kene-mengena pada yang hidup atau mati..
posted by bukannamasebenar @ 11:49 AM   0 comments
Sunday, November 23, 2008
U.L.A.R ???
Kalo kita rajin bukak kisah-kisah klasik, orang-orang tua cerite ular ni ada kaki. Tapi sebab kes apa tah maka hilanglah kaki ular ni. Tapi, satu kejadian pelik lagi ajaib telah berlaku di K****. Beberapa ular jelmaan homo sapiens bukan berjalan tetapi sebaliknya telah berlari apabila serbuan oleh jabatan perhilitan (pak guard) dijalankan.

Repoter bukannamasebenar merepotkan kronologi(cewah ayat) kejadian di mana sebelum lori jabatan perhilitan datang, ular-ular ini berlari-lari ria umpama shah rukh khan dengan aishwarya rai dalam filem bollywood mohabbatein. Maklumlah, ular-ular ini tidak dapat lagi menjalankan aktiviti harian mereka selepas malam itu memandangkan musim ular berhibernasi telah tiba(wah,ular pon hibernate tau!).

Repoter bukannamasebenar juga merepotkan Timb. Pengarah Jabatan Perhilitan sendiri turun padang untuk menangkap ular-ular ini. Repoter yang menyorok di sebalik timbunan sampah di dalam longkang tepi padang ini juga terlihat kelibat Pengarah Jabatan Perhilitan yang tiba kemudian. Repoter yang ketakutan terus merangkak pulang ke chalet kerana bimbang akan dipatuk ular-ular yang mungkin masih berkeliaran.

Suasana yang sebelum ini ibarat funfair Pak Maon dalam filem Zombi Kampung Pisang berhampiran chalet penulis tiba-tiba menjadi sunyi sepi ibarat rumah hantu pada malam terakhir ini. Penulis merasa pelik bin ajaib kerana merasakan malam ini sewajarnya ular-ular ini bermaharajalela sebelum tiba musim hibernasi.








Penulis keluar untuk meninjau tempat kejadian sebelum ini. Ternyata, ular-ular sudah berhibernasi lebih awal. Tiba-tiba penulis ternampak bayangan 2 gergasi "besar" sedang melakukan rondaan mencari ular lantas penulis segera melarikan diri seperti ular tadi bimbang disangka ular.

pEacE no waR!

daa...

*ular adalah sekadar analogi penulis!
** gambar-gambar sarang ular yang telah ditinggalkan "penghuninya".
posted by bukannamasebenar @ 9:52 PM   0 comments
WIDA' 2008
so, 2008 nak pon melabuhkan tirainye (maksud penulis,bagi student2 k****) so,seniors ade satu sem je lg,junior plak ade 3 lg!(doesnt mean bole lepak2 tau!) mm..mcm malam tahun baru,ade sambutan kan?kat tempat penulis ni pon lebih kurang je..

lepas "special assembly" semalam,ramai homosapiens berpusu-pusu ke cafe..ade repoter khabarkan,sampai tak ade lagi seat kosong!ish..ade yang nak ucap byebye kat kawan2, ade juga yang nak wish 'salam sayang' kepada yang tersayang..maklumlah, susah nak jumpa masa cuti nanti..dah la 6 minggu,lama 2!



mgkin sedang borak-borak tentang plan holiday ni..




byebye!



see u next year!

kepada warga2 k**** penulis nak ucapkan selamat bercuti ye?tapi jangan la sampai tak ingat dunia..holiday2 jugak,buku jangan lupa,tau!

peace no WAr!

bye!
posted by bukannamasebenar @ 2:13 PM   0 comments
Saturday, November 22, 2008
Balik Kampung!!!!

Akhirnye saat yg dinanti2 kan bukan saje oleh penulis tapi seluruh penduduk dan penghuni sementara sebuah kolej di beringin valley…tika dan saat ini tiba2 sje lagu balik kg yg dinyanyi kan oleh allahyarham sudirman terpancul dari mulut penulis…kini ia di fofular kan kembali ole penulis..syabas utk penulis(puji diri sendiri la plak)..tiba2 semua chaletmate memandang beliau dgn muka pelik…penulis terdiam…….


balik kg oh oh oh blk kg…….” chaletmate penulis menyanyi beramai-ramai..kami nyanyi bersama2 dngn hati yg girang …(xbetul jugak bdk2 ni upenye)..setelah hampir 3 bulan meninggalkan kg halaman hari ini penulis bakal meninggal kan perak/selangor (sebab kolej ni kt sempadan) dan menuju ke kampung halaman beliau di UK(bukan nama sebenar)….


bye-bye Perak


TETAPI (ai.len mcm je bunyi nye) yang pelik lg jelik nye (dh agak dh) budak2 yg konon nye `pandai` lg cemerlang gemilang dan terbilang ni upe2 nye pengotor lg mengotorkan..masing2 bile nak balik campak je benda yg xpki merata2..habis madu sepah dibuang..bak kata pepatah apabila kolej kata pergi ghumah kata mari lantak r benda laen..yg penting rock..pe rock2 nak rock cri pn rock (bukan nama sebenar) r beb..



dah macam tongkang pecah!!!



eh.dorang xblik ke cuti ni


sampi muntah2 tong sampah dibuat nye


Lihat lah sendiri betapa “educated” nye budak2 kat Kolej di beringin valley(bukan nama sebenar)…


apabila di tanye mengapa tidak dikemaskan chalet sebelum balik dgn selamba nye seorang umat ni menjawab “ala lek r..t mak cik cleaner 2 akn bersihkan gak..kang kalo aku bersih kan xda keje plak mok(mak) dngn pok(pak) cleaner 2 t..”…hmm.. Melihat dan mendengar jawpan umat itu penulis berasa sedih..memang la cleaner akan bersih kan tapi bukan kah kebersihan itu sebahagian dri iman..betol x reporter..


reporter: Betul2..sy stuju 120%

penulis: tq 4 suporting me reporter..=)


so buka minda buka hati..mari kita fikir dan renung2kan lah situasi ini..bak kata pujanga apagunanye teknologi moden jikalau kebersihan di abaikan..

PeAEe No WaR (^-^)

poiterware (bye2 dalam bahasa tamil)

posted by bukannamasebenar @ 10:54 PM   0 comments
END of Sem DINNER
malam ni adalah malam end of sem dinner....
event yang menjadi simbolik tanda berakhirnya semester pertama bagi junior dan semester ke-3 bagi senior...

tema dinner pd kali ini adalah K***M TV AWARDS.. mmm ala2 anugerah OSCAR la katekn...
antara kategori yang dipertandingkn adalah:
1. BEST ACTOR
2. BEST ACTRESS
3. BEST ON SCREEN CHEMISTRY
4. BEST SCRIPT
5. BEST CINEMATOGRAPHY
6. BEST SPECIAL EFFECTS
7. BEST ACTION VIDEO
8. BEST EMOTIONAL VIDEO
9. BEST COMEDY
10. BEST REAL LIFE SETTING
11. BEST HORROR SCENE
12. BEST DEBUT

Haa... banyak betul awards kn....(ade lg sebenarnye tp ni je yg mampu diingat)
so, penulis xdapat la nak senaraikn pemenang2 for every category...kalau x, tak tido la penulis malam ni....
basically topaz ngan garnet yang banyak menang... sebab ade oggy, aiman tiger and teng.....
congrats to all the winners.....
kepade house lain... cube lagi thn depan ye....

seperti yang dijangkakn.... banyak pilihan makanan yg disajikn.....
anataranya; yong tau fu, laksa, nasi lemak, kwey teow, pasembor, kuih, roti jala, abc, cendol dan minuman pelbagai perisa....
mmmm.... sedap... mmg sedap.... sampai menjilat semua jari....

sebaik saja mc cakap "dinner is served", ramai students berpusu2 mengambil makanan...
ade yang ambik sampai 2-3 pinggan untuk 1 jenis makanan... x ingat orang belakang dh (janji perut aku kenyang).... lapar la katekn... ish3... nafsu semua tu....

kalau ade event mcm ni, tak sah kalau takde performance...
penulis dah EXPECT THE UNEXPECTED performance yg bakal dipersembahkn...
tepat sekali jangkaan penulis... 10 markah untuk penulis.... hehe...

banyak betul performances malam ni... ade cultural performance from every bangsa.. melayu, cina dan india.... zapin, dancing tarian cina dan india.... menarik jgk... penulis layan jgk time tu...

lepas tu ade performance from UK students... penulis pun x berapa pasti apa yang minah2 dan mat2 saleh tu buat kat atas pentas... to be honest... it was LAME!

haa.... this is the UNEXPECTED part... tarian HIP-HOP!!!
persembahan mereka cukup mantap.... berbakat rupenya students kat sini...
yang pakai tudung, yang tinggi, yang gempal semuanya pandai menari....
pakaian tak pyh cite la... kecik2 dan ketat2 belaka... al-maklum la... senang skit nak menari... membantu mengurangkan air resistance.... so, tak bnyk tenage yang abis.... tak la penat sangat nanti...
bile dah menari tu, paham2 la... terangkat sane, terangkat sini, nmpk itu, nmpk ini...
bagi penulis, tarian ni tak sesuai nak dipersembahkn time event camni...
ntah2 VIP takde selera nak makan lepas nmpk bende2 yang x sepatutnye....

around 10.35pm... tamatlah event ni...
bermula la sesi fotografi.... lelaki perempuan mengambil gambar sebagai kenangan...
ade juga yang rajin mengemas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...
penulis ade la tolong sekadar yang termampu....hehe.. bukan riak ek...

mase tengah kemas tu.... banyak makanan yang tak abis mkn... ade yang ambik tak sentuh pn ade... ish3... tamak btul... perut x besar mane pn... tp ambik makan mcm nak mkn 10 org...
ade makanan yg tertumpah dek kerana kegopohan homo sapiens yang kelaparan...



posted by bukannamasebenar @ 12:16 AM   0 comments
Friday, November 21, 2008
sonata musim HUJAN???
c/o:
bagaikan siang tiada mentari
bagai malam tiada cahaya purnama
tanpamu tiada erti hidup berdua
ke akhir masa kau ku cinta..

bagaikan syurga tanpa bidadari
kau ibarat hembusan nafas terakhir
pulang sayang usah kau berpaling
disini ku pasrah menanti..

syahdunye dengar Vince AF1 nyanyi lagu ni kan??mmm..penah tgk tak drama WINTER SONATA ni??confirm meleleh air mata beb! jiwang gler,sedih tak terkire..huhu..

mmm..penulis bukannye nak promote drama ni sebenanye..tapi penulis nak kaitkan drama ni ngan satu kisah kat tempat penulis nih!mm..begini cerita nya..

pada suatu petang yang mendung-mendung kelabu(nak hujan la..) ade sepasang homosapiens ni(pasangan jiwang la nk jadikan cerita) berhajat nak berbasikal kat tempat penulis ni..tp yang pelik lagi jeliknye, ade wartawan repot kat penulis, walaupun nk hujan, yang mereka ni tetap mengayuh basikal sambil bermanje2(wah..romantik gtu!)

sweetnye..(bukan gambar sebenar)

tak lama kemudian, langit pon menangis(bahasa kiasan bagi hujan..wah!mantap bahasa penulis kan???) mengikut repoter,mereka ni tak la decide nak balik je teros,instead,mereka terus mengayuh dan mengayuh tanpa menghiraukn titisan2 hujan yang membasahi..hish! bajet sweet la! tp syg tak kene tempat la pulak..ish..ish..

ptg td penulis borak2 ngan si repoter ni,dgn selambanya dia cakap, "aku berani bet,diorang tak kawin nanti"..mm..penulis berfikir sejenak..mungkin betul katanye sbb pngalaman repoter ni mmg tak dapat disangkal oleh mane2 pihak..tapi tuhan je tau kan??

tak pe la..secara tuntasnya, dapatla penulis simpulkan bhw kalau nk bercintan-cinton,biarlah berpade2!nk bermanje2 ade batasnye!tapi kan lagi senang kalau hantar rombongan,teros nikah je??

hmm..again,jgn salah paham..penulis bukan nak mencaci pasangan homosapiens tu,penulis pon tak nak menyokong mane2 belah pihak,tp just nak ambik pngajaran yang tersirat!cinta tu buta!sekelip mata,boleh hilang semua! sebab cinta ramai merana..susah2 kahwin je!!!

pikir2 dan renung2 kan lah..

sampai berjumpa lagi!

PEaCE no war! (^-^)

astalavista!
posted by bukannamasebenar @ 12:49 AM   0 comments
Thursday, November 20, 2008
Congrats....!!!!
SYABAS!!! Team bola sepak sebuah kolej di beringin valley (bukan tempat sebenar) menang menentang Team PLUS.

Projek Lebuhraya Utara Selatan

Walaupun keadaan pada petang tadi disirami gerimis-gerimis hujan umpama selepas tamatnya konsert kumpulan HUJAN, namun pasukan kolej Beringin Valley(bukan tempat sebenar) tetap menang. bukan 1 gol, bukan 2, bukan 6 tapi 5 gol berbalas kosong. WOW.... hebat-hebat.

SYABAS sekali lagi kepada semua pemain yang menunjukkan bakat mereka yang MANTAP tu. Diharap kemenangan akan terus dicapai pada perlawanan mendatang menentang pasukan lain pula memandangkan bakat yang ditonjolkan sebentar tadi tidaklah seberapa sangat jika dibandingkan dengan kemampuan sebenar.

Perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai perlawanan 2 generasi, iaitu antara orang muda dan pok-pok (bapak-bapak) yang mungkin mempunyai 5-6 orang anak(no wonder la menang besar).

Tapi takpe, janji semangat kesukanan tu ade. takde perkare yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah..........perlawanan persahabatan la katakan. Kalau perlawanan pergaduhan barulah kita bergaduh atas padang tu. Kan? Ke tak boleh? Isy. Apa-apala

haa!! ade sorg mamat ni, berdiri kat tepi padang, lagak gayenye mcm manager...... ala-ala Sir Alex Ferguson gitu...
Mr qemin namenye (bukan name sebenar). hehehe....

bukan gambar sebenar

" woi defend2... turun"
" kiri tu...jage"

antara kata-kata yang diungkapkan oleh encik manager yang melantik dirinya sendiri setelah melihat ada peluang untuk menang.....

SYABAS kepada encik manager juga.....

Di kesempatan ini ingin juga penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Aiman Tiger dan Alif Nurhaziq aka Oggy (senior) di atas kejayaan beliau memenangi pertandingan membuat video sempena 150 tahun CIE..(dah tua upenyer CIE ni.huhu). Hebat jugak mereka berdua ni. Berjaya menjadi pemenang bersama pertandingan ni. Seluruh dunia hantar tu...

Peace no WAR (^-^)
posted by bukannamasebenar @ 11:47 PM   0 comments
Wednesday, November 19, 2008
X'mas dibulan NOVEMBER???apekah?!
Pelik, tapi benar beb!!!

Satu kejadian yang jarang-jarang ditemui,bak kata orang-orang tua seperti mencari sebatang jarum dalam haystack!

Inilah realiti yang berlaku era 20-an..PERCAYALAH(lagu Dato Siti)..perayaan yang memang sah-sah disambut di hujung bulan disember telah disambut sebulan lebih awal oleh segerombolan homo sapiens dekat2 ngan tempat penulis.

Adat orang Malaysia, raya ko, raya aku jugak!!! Maklumlah, rakyat majmuk la katekan..tapi, yang pelik dan jeliknya ada si minah ni lebih-lebih pulak! (ish,aku tampar kang!) bukan raya dia pon!tp dia yang lebih2..gedik tahap cipan! terkinje-kinje macam monyet dapat bunga!ish..ish..

"keriangan beraya"

Ape kejadahnye semua ini???katakanlah!!!mana pergi jati diri remaja zaman sekarang ni...lupe semua adat resam yang telah lama dipertahankan oleh tok(atuk) , pok(bapak) kite dulu...mane letak maruah bangse beb??"Tak kan Melayu Hilang di Dunia",relevankah lagi?? LU FIKIR LA SENDIRI!

Jangan salah paham,warkah ini bukannye nak pertikai or persoalkan sambutan Xmas di mane2 tempat dan pada bile2 mase,tp hanye utk mnyedarkan kpd yg tak sedar, mengingatkn kpd yg tak ingat, dan memberitahu kpd yg tak tahu..itu je!xde niat pape pon!

yummy!

Peace no WAR...(^-^)

Sayonara!
posted by bukannamasebenar @ 10:54 PM   0 comments
sebotol coke,sebiji BERGER...~
salam dari perantauan~

alhamdulillah
..setelah sekian lama penulis menyimpan hasrat yang suci dan murni umpama pencuci muka SAFI ini, dapat juga kami melunaskan impian ini! seperti lagu Vince AF1, mimpi yang pasti, blog ini bukan lagi fantasi tapi realiti..(ayat redundant gitu!)

Adapun blog ini bukanlah ada tujuan yang lurus lagi straight(bukan gay!awwww!) Bukan nawaitu untuk mengkritik mahupun mencaci sesiapa di dalam blog ini namun hanyalah ingin membuka minda,hati dan rohani kalian semua. SEKALI LAGI ingin di stress dan strain kan bahawasanya blog ini berfungsi untuk mengumpul pendapat bukan untuk MENGUMPAT!!!!

Blog ini bakal membicara dan juga mengutaghakan isu-isu membara tapi tidak berasap di seluruh pelusok sebuah kolej di Lembah Beringin (bukan nama sebenar)....

Peace no WAR...(^-^)

ADIOS
posted by bukannamasebenar @ 9:44 PM   0 comments
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates