Thursday, December 11, 2008
RAYE DI KAMPUNG
Fuuuuuuuuuuh. Lama amat penulis x update blog ni. Biasala. Sibuk beraya korban ni. Kan 4 hari raye nya. So, raye dah tamat maka penulis terpaksalah kembali beraksi. Kalo tak, lari pulak peminat2 penulis ni. Ye dok? Hihihi. (perasan ada peminat)

Maka, raya haji baru2 ni penulis pulangla ke kampung halaman penulis yang tercinta. Suasananya kekal damai dihembus bayu laut yang bertiup sepoi2 bahasa Melayu. Seperti kebiasaanlah, ada upacara korban dijalankan.

(bukan lembu korban)

Nak dijadikan cerita, masa melapah dan menyiang daging ni ramaila pok-cik mok-cik join sekali. Melapah dan menyiang sambil MENGUMpul pendaPAT. Penulis yang memang terkenal suka MENGUMpul pendaPAT turutlah serta dalam perbincangan mereka. Cuma, penulis sedikit sedih dan terkesima mendengar pendapat-pendapat mereka yang rata-rata berkisar isu ekonomi keluarga.

Salah seorang pok-cik sedikit mengeluh mengenai kedudukan kewangan keluarganya. Bukan mengeluh menyalahi takdir, cuma bimbang sekolah dah nak bukak. Duit nak makan pon cukup2 je. Dulu bolehlah senang sikit tapi semenjak harga kelapa sawit turun dengan teruknya ni, pok-cik mok-cik ni dah takleh buat apa. Harga jualan sawit sekitar 200 setan. Upah orang potong buah dan lori 60 setan. Tinggalla 140. sebulan bolehla dapat dalam 6 tan. Nampak macam banyak, tapi harga baja tinggi terlajak. harga racun pun melampau-lampau. Pok-cik mok-cik ni takleh nak buat apa!

ni la pokok kelapa sawit

Yang penulis heran lagi pleknya, harga minyak kelapa sawit yang dijual takla pulak turunnya. Kalo dalam botol besar tu haa dalam RM13-14 jugak sebotol. Sama je masa harga kelapa sawit mahal dulu. Kalo nak guna ilmu hisabla, sepatutnya berdasarkan harga kelapa sawit semasa harga minyak sawit tu sepatutnya dalam RM6-7 je weh!

Berbalik kepada persoalan asal. Yela. Sedih penulis tengok dengan mereka. Dahla kelapa sawit tak berharga, harga barang pulak naik melampau-lampau. Beras, milo, nescafe, susu. Semua2 la. Nasib baikla harga minyak dah turun sikit (walaupon sepatutnya turun banyak).

Kita pk2 la balik. Penulis rasa ramai je kawan2 kita yang turut terlibat dalam situasi ni. Kita je tak ambik tahu. Kalo boleh, bantu2lah mereka ni. Satu lagi perkara, ambikla iktibar dari kesengsaraan mereka ni. Penulis tau dan sedar ramai dari kalangan pembaca blog penulis ni berkemampuan. Kadang2, kita melakukan pembaziran yang melampau dan terlampau. Tanpa kita sedar, kita melukakan hati sahabat2 kita yang bukan sahaja tak mampu untuk melakukan pembaziran sebegitu, tapi tak mampu pon memiliki apa yang kita bazirkan!

Sekian...

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 9:27 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates