Tuesday, December 30, 2008
KORG WAJIB BC NI KALO KORG RASA KORG MANUSIA!
Bbrp hari penulis x online slnjtnya x update blog ni. Buknnya penulis xnk online tp penulis asik menengok tv je. CNN, AL-JAZEERA, BBC. Berita apa lg yg penulis tgok kalo bukan pasal perlanggaran Gaza oleh si Israel laknat. Penulis terasa x mampu nk online. Nk ikut je pkembangan tu. Sambil tgok, penulis menangis. Bkn menangis umpama lakonan dlm filem Rajoo Chacha tp btul2 menangis. Teresak-esak. Sedih amat penulis dgn apa yg berlaku.



Time penulis menulis ni, diberitakan setakat ini sudah 360 org syahid diserang Yahudi bangsat. Yahudi bangsat ni buknnya berani man to man. Dia sergnya gune jet pejuang. Kalo betol berani, man to man guna senjata yg sama la!

Pejuang2 kat Gaza tu xd senjata canggih2. Bom pon buat sendiri je. Entah jd entah x. tapi, diorg x kesah. Diorg berani dan yakin dgn janji Allah untuk memberikan pertolongaNya.

Korg tau x apa sebbnya penubuhan Ooh I See (bukan organisasi sebenar)? Dlm erti kata lain, apa titik-tolak tertubuhnya Ooh I See (bukan organisasi sebenar)? Korg tau x? Ada dlm buku sjrh tp penulis x ingtla buku form brapa. Ooh I See (bukan organisasi sebenar) ditubuhkan setelh blakunya pembakaran masjidil Aqsa pd 21 ogos 1969. Tujuannya kira lebih kurg nk mengembalikan Palestin sbgai bumi umat Islamla.


Tapi, kalo tanya org ramai apa peranan Ooh I See (bukan organisasi sebenar), mesti org akan ckp meningkatkn ekonomi negara anggota, menjalin kerjasama perdagangan, keselamatan bla bla bla. Penulis x kesah nk buat mende2 tu. Bagus sgt. Tp, mslhnya tujuan asal penubuhannya nampak dah jauh sgt larinya. Tadi dalam berita ckp hari sabtu ni akan diadakan persidangan tgempar mengenai isu palestin ini di Jeddah.

Kepala hotak anda Ooh I See (bukan organisasi sebenar) oiiiiii. Dah brapa hari berlaku hari sabtu ni baru nak bsidang? Lpas bsidg tu buat apa? Kuarkan deklarasi mengutuk sergn ke atas Gaza? Mcm la Israel celaka tu heran dgn deklarasi ko wehh.Mana tah mtlmt asal pnubuhnnya. X penah dgr lg ngr2 Ooh I See (bukan organisasi sebenar) ni hntr tentera msg2 ke Palestin.

Penulis menyeru kita bersama memikirkan menda kita boleh buat nk tlg sedara2 kita di Palestin ni. Penulis mintak maafla ckp ni. Penulis agak kecewala dgn blogger2 kolej dalam hutan (bukan tempat sebenar) yg mcm x concern lgsg psal isu Palestin ni. Penulis ronda2 blog bloggers kolej dalam hutan (bukan tempat sebenar) tapi x jumpe apa2 kata2 hatta kt shoutbox pasal ni pon. Mungkin bloggers sekalian terlalu bersedih. Sedih spt penulis hgga x mampu nk tulis psal isu ini. tp, korg kena lwn kesedihan tu. Kene sdarkn seme org psal isu yg blaku ni. Rmai lg org2 yg x sdar psal ni. Org yg lebih sibuk plan nak enjoy kt mana taun baru ni!



Korg tulisla apa2 pon. Copy je artikel mana2. Ni penulis bg dua channel. Byak lagi sbnrnya. Tp, tgokla yg dua ni dlu. Palestinkini n Satuumat. Selain progrm ksedrn ni, penulis xtau apa lg penulis boleh buat. Korg cdg2 la ape mende lg kita bleh buat utk tlg sedara2 kita ni. Jgnla anggap diorg sbg org yg kite x knal yg berada nun jauh di fatamorgana tp anggap mereka mcm mak bapak datok nenek kite sendiri. Nak tgok mak bapak datok nenek kita susah diserg mcm tu?

Soryla. Penulis agak emo. Kalo terasa, penulis mintak maap bebyk ye. Yg pentg, jom kite lakukn sesuatu!

NO MORE PEACE BUT WAR ON ISRAEL!!!
posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM   5 comments
Saturday, December 27, 2008
MENANTI DAHAN MERANTI
Kumenanti
Terus menanti
Dan terus menanti
Namun kutahu kuharus berhenti menanti
Lantaran kalau kuterus menanti
Tak terupdatela blog ni nanti!

Best x pembuka kata penulis kali ni? Bersajak pula penulis ni. Biasala. Dah lama x bersajak-sajak ni. Tu x berapa best sgt tu! Sebenarnya penulis ni ternanti-nanti idea nk update blog ni. Tapi tula. X datang2 idea ni. Jadi penulis dok menaip jela ni. Kot2 sambil menaip ni idea tu datang. Hihi.

Baru 2 hari yg leps org2 beragama kristian menyambut perayaan krismas. Jadi x tlambt rasanya penulis mengucapkan slmt mnymbt hari krismas buat anda yg menyambutnya!

Nak dijadikan ceritanya, mcm biasala smbutn krismas ni. Ada Santa Claus kat shoping complex, ada nyanyi2, ada bg2 hadiah dan mcm2 la. Yang penulis rasa pelek dan jeleknya bile tgok ada antara penyanyi2 ni org melayu! Beragama Islam! Yang jadi Santa Claus tu takla penulis tau siapa. yela. Pakai baju santa claus kan.

Takla salah kite yg beragama Islam ni meraikan diorg yg bukn Islam ni. Tapi, salah untuk kita merayekan perayaan keagamaan mereka! Kalo sekadar mgucapkan Merry Christmas, g rumah terbuka diorg ke. Tak salah. Asalkan niat kita bukn nk mengakui kbnaran agama diorg tp skadar mnjalin psahabatan dan kharmonian dgn diorg.

Yg salahnya bile kite pulak yg lebih2 nya dari diorg! Kite pulak yg sibuk g nyanyi lagu2 krismas tu. Sibuk g jd Santa Claus dan sbgainya lg seolah-olah kite yg menyambut perayaan tu bukannya diorg!

Jd, penulis di sini ajakla kita sama2 mperbaiki diri kite. Kalo ada kawn2 atau sedara2 tlibat dlm hal2 ni, suhla diorg btaubat dan meningglkn mende2 ni supy akidah kite x tjejas! Dahla. Penulis pon dah xtau nak cakap apa.

Peace no war ^-^


posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM   0 comments
Saturday, December 20, 2008
JanJi...
aarhh(mengeluh).. Lama betul penulis mencari idea. Susah benOr nak dpt. maklumla.. holiday la katakn. Otak penulis pOn agak beku sket.

hmm.. cukup la sebagai intro..
penulis sebenarnya nak bercakap pasal JANJI. Last week, penulis ada temujanji dgn 5 org kawan lama.. kitorang dah lama x jumpa.. lbh kurg 3 thn lamanya. kitorang JANJI berjumpa di KLCC pukul 10 am.. spesifikkn lg kat dpn TGV bwh KINOKUNINYA.. nak tgk movie.. hehe..

Pada awalnya.. penulis agak excited nak jumpa kwn2 penulis tu.. penulis keluar dr rumah pukul 8.30 am (semangatnye).. bukan apa.. takOt2 terlewat.. Alhamdullilah.. tren x buat hal.. so penulis sampai kat KLCC around 9.30am.. penulis bergerak menuju ke tmpt yg hendak ditujui..

Then penulis trOs beli tiket wayang 6 keping.. cite Twilight.. cite tu start kul 10.30am..
lbh kurang kul 10, 3 org kwn penulis tiba.. seronok penulis dpt jumpa diorg.. kami berborak sementara menunggu 2 org lg dtg..

Borak punye borak.. dh kul 10.30.. kelibat 2 org rakan penulis masih blum kelihatan.. kami cuba call.. tp x dijawap.. mane pegi la 2 org ni.. xkn la xde coverage tmpt diorg..
dgn hati yg kecewa bercampur marah.. kami mengambil keputusan untuk x menunggu diorg sbb cite dh nak start.. jap lg terlepas..

mase penulis tgh layan movie tu.. slh sorg kwn penulis call.. dia tgh tgu kt luar cinema.. xbleh masuk sbb teiket ada kat penulis.. haha.. pdn muka ko.. sape suro lmbt.. bisik penulis.. tp penulis x la kejam sgt.. penulis pOn keluar la 'menjemput' die..

mana sorg lg.. penulis tertanya2.. penulis malas bertanya sbb nak cepat.. jap lg part best terlepas.. hehe.. dipendekkn cite.. sorg lg kwn penulis tu x jd dtg.. sakit btOl hati ni..
dh la kite tunggu die.. last2 x dtg.. npe x bgtau awl2.. nak tau apa alasan die.. " aku bangun lewat".. what the>&*%$#

alasan yg sama sekali x bleh DITERIMA.. dh la x dtg.. penulis pOn rugi.. 1 tiket lg buang mcm tu je.. bg org lain lg bagus.. mmg time tu penulis angin giler..

hmm.. cukup rasanye penulis membebel..
penulis bknye marah sgt sebanarnye.. tp sbb JANJI x ditepati dan pentingkn diri sendiri.. tu masalahnye..

'cantikkn'

hmm.. same2 la kite runungkn..
penulis berharap kite sama dpt mengubah sikap kite..

pEacE no WAR ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:54 PM   0 comments
Friday, December 19, 2008
bila Si Perepek kunyah Kerepek

Kata Hari Ini
Kotakan janji
Usah Ditangisi
Hidup Yang Sementara
Sekelip Berubah
Sekelip Berubah

Penantian Ini ... Kehausan
Kerana Aku Sedang
Di Padang Pasir
Perjalanan Jauh
Tanpa Tafsiran
Itulah Pedoman

Tidak Kira Waktunya Tiba
Pasti Geraknya Bermula
Gerak Bermula
Gerak Bermula...

Dan Aku Juga
Sama Sama
Mahu Mengerti Maksudnya Yang Nyata
Ianya Terselindung
Oh.. Di Dalam Banyangan

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu
Ada Waktunya...
Di Mana Janji
Dan Tiba
Di Kala Fajar Pun Mula Menyinsing
Dan Menutupi Malam
Meratapi Oh.. Sengsaranya
Darimana Hadirnya
Oooo...

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu - Waktunya
Dan Tiba
Di Kala Fajar Pun Mula Menyinsing
Dan Menutupi Malam
Meratapi
Oh.. Sengsaranya
Dari Mana Hadirnya

Perlukah
Kau Mempertahankan Segala Dosa
Kerana Semua Itu
Ada Waktu - Waktunya
Di Mana Janji
Ada Waktunya
Aku Tempuhi
Dan Aku Tempuhi

Ke Mana Lagi Hendak Ditujui
Perjalanan Ini
Perjalanan Jauh Telah Ditempuhi
Telah Kutempuhi
Aku Tempuhi
Oh... Aku Tempuhi
Aku Tempuhi...

Haaa!lanjutan darii post penulis semalam,ada pembaca mencadangkan penulis mendengar lagu ini..

tajuk lagu = Langsung Tak Faham!
nyanyian = XPDC..

sedap juga bila dengar lagu nih..mmg sesuai dengan post penulis tempoh hari kan?walaupon langsung tidak faham apa yang nak disampaikn,kerana penceritaan lirik yang agak tidak ada flow,namun,penulis memahami sesuatu yang tersirat di sebaliknya..apa dia?

Haaa..itu korang fikir sendiri la!bak kateNabil Raja Lawak, "LU PIKIR LA SENDIRI!"..

Renung2kan..dan fikir2kan..

PeacE nO waR! ^_^

p/s : kepada sesiapa yang dapat memahami cerita disebalik senikata lagu ini,diharap kongsi2kan la ye?mane la tau same dgn ape yg penulis tafsirkan..




posted by bukannamasebenar @ 9:50 PM   0 comments
Thursday, December 18, 2008
REPEKAN SI PEREPEK
Perghhhhh. Haru-biru penulis tengok shoutbox tu semenjak dua kala ni. Ternyata rmai yg jadi bukn dirinya yg sebenar di blog bukan nama sebenar ni. Ada laporan penulis dapat mengatakan ada org lain guna name org lainla. Mcm2 lg! Bak kata Astro, "Mcm2 ada!".

Selain gune name org lain, ade jugakla yg x puas hati dgn penulis ni. Yela. Penulis gune bukan nama sebenar. Untuk makluman anda cik abang, cik kakak mahupon cik adik yg x puas hati, kalo penulis gune nama sebenar, takdekla blog ni jd bukan nama sebenar! Jadi nama sebenarla! Kan? Hihihi. (dihrp korg gelk lpas bc statement ni. tgh buat lwk ni!)

Xdekla. Sbnrnya apa yg penulis nak bgtau hari ni ialah x penting pon sape penulis ni. Tak kesahla penulis ni batch 10 ke batch 11 ke mahupon batch 9! Tak kesahla penulis lelaki, perempuan mahupon khunsa! Tak penting semua tu!

Ada yg ckp penulis ni ckp je lebih. Orang UK kata "talk fire-fire". Sbb tu x btau nama takut org tau yg penulis ni pon same jugak. Memg btol dan benr serta tept pon apa yg disgka tu. Penulis pon join same gak. Cthnya masa Christmas party, Majlis wida' kat cafe tu, end of sem dinner, jd ular. Kat surau pon penulis g jugak. Seme penulis join. Kalo x mane bleh tgkap gamba2 tu. Btol x?

Perlulah korg semua pahami lagi dalami serta hayati tujuan blog ni diwujudkn iaitu MENGUMpul pendaPAT. Bilamana pndpt2 ni dikumpul, termasukla skali lgkh pnyelesaian, maka strusnya tpulgla kpd kite semue utk mlakukn sesuatu utk cube mperbaiki ketakbetuln yg berlaku dlm sistem kite ni. Blog ni xd nk mnylhkn mne2 phak. Cume mgkinla kdg2 ada tpeds skit tp tu tujuannya mnyedrkn pmbaca blog ini juge!

Jadi, stlh penulis mengclearkan umpama syampu clear isu ini, penulis harap tiada lagila insan yg x bpuas hati dgn penulis. Nak tak puas hati juga xpela, tp jgn kecoh kt shoutbox tu! Nnt org ingt ada pgaduhan. Tak elok dilihat mata. Apa2 hal emel penulis yek! Hihi.

emel : bukannamabetul@yahoo.com

Okla. Penulis dah tak tau apa nak direpekkan. Korg semue pon mesti dh bosan bc repekan penulis. Hingga bertemu lg!

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:39 PM   0 comments
Tuesday, December 16, 2008
ABANG QEMIN QEMUN
Yessssssssss. Akhirnya penulis bjaye jugak mencipta rekod baru. Rekod x update! Hihi. Dah 6 hari. Tapi xleh tahan jari-jemari penulis ni. Takde keje lain. Nak mengupdate je kejenya. Peminat-peminat penulis tnyata bsabar dgn penulis. Xd rungutan langsung! Hihi. Sory la ye. Penulis xd idea nk update psal ape! Dok bace blog2 orang jela spnjg hujg mggu lps. Ingtkn blehla dapat idea ke, gosip baru ke. Tapi tula. Xd!

Hah! Kalo tgok tajuk post ni mesti semua plek. Ape plakla kene mengene si Abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) dgn penulis ni? Abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) ni umo nya lebih kurgla dgn pnulis. Tapi sebab penulis xtau brape yg sebenonya, penulis panggilla dia abang (jgn slh phm pulak.hihi).

Nak dijadikan crite, mggu lpas penulis ni terbukakla blog Abang Qemin Qemun(bukan nama sebenar). Fuuuh. Menarik tulisan dia. Zaaaaaas! Tersentap penulis bace! Mase tu dia tulis tajuknya sosial@x? Penulis memg nk komen tp penulis hold dlu. Sebb dia ckp ada smbungannya. Baru bbrp saat yg lalu penulis baca smbungannya. Tajuknya Siapa Kita?

Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap! Tersentap jantung, jiwa dan raga penulis baca abang Qemin Qemun (bukan nama sebenar) ni tulis. Huh. Penulis jd xtau nk ckp apa. Xtau nk komen apa. Korg g la baca sendiri ye!!

Baca kat sini

(Penulis tgh xd idea nk update blog psal apa. Tu bg review blog org je ni. Hihi. Korg bg la idea kt penulis. Sian penulis)

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:11 PM   1 comments
Thursday, December 11, 2008
RAYE DI KAMPUNG
Fuuuuuuuuuuh. Lama amat penulis x update blog ni. Biasala. Sibuk beraya korban ni. Kan 4 hari raye nya. So, raye dah tamat maka penulis terpaksalah kembali beraksi. Kalo tak, lari pulak peminat2 penulis ni. Ye dok? Hihihi. (perasan ada peminat)

Maka, raya haji baru2 ni penulis pulangla ke kampung halaman penulis yang tercinta. Suasananya kekal damai dihembus bayu laut yang bertiup sepoi2 bahasa Melayu. Seperti kebiasaanlah, ada upacara korban dijalankan.

(bukan lembu korban)

Nak dijadikan cerita, masa melapah dan menyiang daging ni ramaila pok-cik mok-cik join sekali. Melapah dan menyiang sambil MENGUMpul pendaPAT. Penulis yang memang terkenal suka MENGUMpul pendaPAT turutlah serta dalam perbincangan mereka. Cuma, penulis sedikit sedih dan terkesima mendengar pendapat-pendapat mereka yang rata-rata berkisar isu ekonomi keluarga.

Salah seorang pok-cik sedikit mengeluh mengenai kedudukan kewangan keluarganya. Bukan mengeluh menyalahi takdir, cuma bimbang sekolah dah nak bukak. Duit nak makan pon cukup2 je. Dulu bolehlah senang sikit tapi semenjak harga kelapa sawit turun dengan teruknya ni, pok-cik mok-cik ni dah takleh buat apa. Harga jualan sawit sekitar 200 setan. Upah orang potong buah dan lori 60 setan. Tinggalla 140. sebulan bolehla dapat dalam 6 tan. Nampak macam banyak, tapi harga baja tinggi terlajak. harga racun pun melampau-lampau. Pok-cik mok-cik ni takleh nak buat apa!

ni la pokok kelapa sawit

Yang penulis heran lagi pleknya, harga minyak kelapa sawit yang dijual takla pulak turunnya. Kalo dalam botol besar tu haa dalam RM13-14 jugak sebotol. Sama je masa harga kelapa sawit mahal dulu. Kalo nak guna ilmu hisabla, sepatutnya berdasarkan harga kelapa sawit semasa harga minyak sawit tu sepatutnya dalam RM6-7 je weh!

Berbalik kepada persoalan asal. Yela. Sedih penulis tengok dengan mereka. Dahla kelapa sawit tak berharga, harga barang pulak naik melampau-lampau. Beras, milo, nescafe, susu. Semua2 la. Nasib baikla harga minyak dah turun sikit (walaupon sepatutnya turun banyak).

Kita pk2 la balik. Penulis rasa ramai je kawan2 kita yang turut terlibat dalam situasi ni. Kita je tak ambik tahu. Kalo boleh, bantu2lah mereka ni. Satu lagi perkara, ambikla iktibar dari kesengsaraan mereka ni. Penulis tau dan sedar ramai dari kalangan pembaca blog penulis ni berkemampuan. Kadang2, kita melakukan pembaziran yang melampau dan terlampau. Tanpa kita sedar, kita melukakan hati sahabat2 kita yang bukan sahaja tak mampu untuk melakukan pembaziran sebegitu, tapi tak mampu pon memiliki apa yang kita bazirkan!

Sekian...

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 9:27 PM   0 comments
Sunday, December 7, 2008
SALAM AIDILADHA

Penulis ingin mengucapkan kepada semua salam aidiladha. Sembelih lembu tu elok2 ye! Gunakan pisau yg tajam. Kalo x tersiksa lembu tu nanti. Isk isk isk. Kesian

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:15 PM   0 comments
Friday, December 5, 2008
ANAK2 KITE (DAH BERANAK KE??)
Fuuh. Dah berpuluh jam x update. Maklumlah cuti2 ni. Payah betol nak dapat idea dan berite! Kalo berite pasal negare tu banyakla. Maklumla. Rajin bace suratkabo! Kat dalam hutan tu payah skit nak g membacenya. Sibuk sepanjang masa. Jarang ada free blocks ni!

Tadi masa penulis tengok katun SpongeBob (bukan kisah sebenar), seperti biasalah. Ada iklan di tengah siaran. Kalau takdek iklan macam mana agaknya yek? Tak gerakla kita depan tv nu haa. Kalo cite sejam sejamla dok melongok. Macam kat Mesir nu dia asingkan siaran iklan dengan cerita. Lepas cerita habis katalah 2 jam lepas tu barulah siaran iklan. Iklan je lepas tu. Katalah setengah jam. Tengokla ko kalo nak tengok iklan tu. Lepas tu sambung citer lain pulak. Macam mana? Nak buat kat Malaysia x?


katun sponge bob kegemaran adik penulis

Huisy. Dah merepek jauh dah ni. Bukan penulis nak cerite pasal iklan tu. Tapi satu iklan yang penulis tengok semasa menonton (bukan menuntun). Ada iklan Idola Kecil. Amboi. Bukan mainla lagi la budak-budak ni menyanyi dan menari atas pentas tu. Bagai pentas itu mereka yang punya. Dari lagu klasik hinggala ke lagu rock. Ada yang suara sedap. Ada yang boleh masuk Pertandingan Katak Puru Sedunia!

Kesian penulis melihat mereka ni. Kesian. Kecik2 lagi mak bapak dah ajar masuk mende2 macam tu. Kalau kecik2 dah masuk Idola Kecil, beso2 masuk Idola Besar la pulak. Eh, silap. Malaysian Idol. Tak payah blaja2 ni. Masuk kelas menyanyi je. UPSR, PMR, SPM semua x gune pon. Yang penting tau note, tau key, tau pitch. Apa2 lagila. Tak reti penulis pasal muzik2 ni.

idola Malaysia? penulis x


Mak bapak ni pon satu hal. Hantarla anak masuk Pintar Pintas ke(ada lagi ke crite ni?), rancangan... Aaah. Terhenti. Nampak sgt kite kurg rancangan berinformasi utk kanak2. Ni nak salahkan stesen tv lak ni. Huh.

Ape realiti yang berlaku ni kita jadikanla iktibar dan pengajaran. Kite tak lama lagi nak jadik mak bapak orang jugak. Ye dok? InsyaAllah. Janganla nanti kita hanto anak2 kite masuk rancangan2 mcm ni. Rosak2. Nak hanto anak pon hantola rancangan bermanfaat. Masuk along ke jadi Siti Sifir (bukan nama sebenar). Amacam? Best?

Kalo kita jadi org dlm stesen tv pulak janganla buat rancangan2 merosakkan budak mcm ni! Buatla yang bermanfaat. Melahirkan generasi yang cerdik dan celik ilmu. Buat kuiz agama ke, kuiz patriotik ke utk budak2. Buat yg glemer la bagi masuk tv. Baru mak bapak smgt skit nk hntr. Kan bagus tu!

Dahla. Banyak sangat merepek. Sekian sahaja...

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:59 PM   0 comments
Wednesday, December 3, 2008
DULU DAN SEKARANG
Tatkala penulis menyelak surat khabar, majalah mahupun menonton tv pasti ada sahaja berita2 mengenai “pusat pelacuran ” , dadah, rasuah, buang anak dan sebagainye …hati penulis berasa hiba dan sedih dgn apa yg berlaku skrng..

tiba2 penulis berfikir sejenak…jika dulu kaum nabi lut di azab kerana mereka mendustakan nabi dan melakukan homoseksual namun kini ape yg berlau lebih teruk lg..seks rambang.sumbang mahram,homoseksual bkn shja sesama kaum adam tatapi golongan hawa turut ada…siap dirakamkan lg dan dijual dgn laris bak grng pisang panas di kedai Pak Abu..ini bkan mendustakan nabi lg tp dah mempermainkan apa yg dbawa oleh nabi..

erk...

jika dlu kaum `Ad dibinasakan dgn ribut kencang selama lapan hari tujuh malam kerana mereka takbur dgn kekayaan mereka tapi sekarang manusia yg konon nye moden dan urban bukan shja takbur tapi ujub,riak, semua ada la..mana tak nye bangunan dibina setinggi2 langit...harta bnyk g melancong satu dunia tapi Mekah sekali pun xpnh jejak..zakat pe tah lg nak byr..apbila diminta konon nye duit 2 ckup2 wat sara keluarga..byk lg yg pntng...tidak kah mereka sedar harta yang depa dok bg anak bini makan 2 dari sapa kalo bkn dari Allah..

seram...menakutkan

Jika dulu kaum Thamud yg mahir mengukir dan mempunyai negara yg maju dan kaya dibinasakn oleh Allah sekelip mata dengan halilintar yg kuat sehingga pecah telinga, perut dan usus kerana bersikap zalim dan mengingkari Nabi Salleh tapi org2 zaman skang zalim mengalah kan firaun..

kalau kita lihat balik kronologi kisah2 kaum terdahulu semua nye pd zaman yg berlainan..of course la kan..n semua nye dah ditimpa bala bencana..tapi ape yg berlaku dulu semua nye berlaku sekarang dgn serentak..kalo nk diikutkan Allah boleh je timpa bencana kat kita serentak tiga2 sama mcm kaum2 terdahulu…tapi Allah itu Maha pengasih..diberi nya kita peluang utk bertaubat..tapi sejauh mana kita mengambik iktibar dri cita2 ni semua??. bak kata George Santayana yang terdapat dalam buku sejarah form4 “those whom did not learn history will tend to repeat it”…so fikir2 dan renung2 kan lah..sama2 la kita myebarkan nasihat ini..
sekian sahaja..

peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 2:37 PM   0 comments
Tuesday, December 2, 2008
Ibu Bunuh Anak!!!

Terkejut dan terkesima membaca tajuk di atas..

Tapi itulah realiti yg berlaku di era dimana manusia konon nya mengaku sudah bertamadun dan moden…

Sudah menjadi fitrah naluri seorang ibu memang sayang kan anak dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka..tidak kira la anak itu sihat atau sakit , cantik atau tidak si ibu tetap akan menyayangi anak yg di usung nye selama 9blan 10 hari (kalo lahir cukup bulan r)…Walaubagaimanapun , si ibu yg lemah lembut sifatnya kini telah bertukar menjadi makhluk yg kejam!!!(macam transformers la plak bole tukar2)...anak sendiri pun sanggup dibunuh nye!!..binatang yang tidak mempunyai otak pun tahu menyayangi anak mereka yang baru lahir..tapi kita yang Allah jadikan sebagai makhluk sempurna sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral ini.

singa yg garang pun tau syg anak

Sebenarnye hal ini sering terjadi pada ibu2 yang mengandung tanpa pernikahan(luar nikah r 2)..dek akibat takut menanggung malu mereka hilang pertimbangan..dan jalan pintas ialah menggugurkan anak dalam kandungan atau membuangnye sebaik sahaja ia dilahirkan..si bapa pula hilang entah kemana..jangan kata kelibat, bayang2 pun xnampak..berani buat berani tanggung la beb..

Paling menyedihkan sekali ialah si ibu sendiri tidak tahu siapa bapa kepada anak nye akibat banyak sangat skandal..ish2..ingat kan kucing je kawen banyak upe nye homosapiens pun sama gak..hmm


Mari kita lihat gambar yang diambil oleh reporter kami..

janin yg digugurkan telah mempunyai bentuk bayi


inilah ibu2 yg negandung luar nikah(bukan gmbar sebenar)


Persoalan yang timbul ialah bukan mana pergi naluri keibuan mereka tetapi mana pergi naluri sebagai seorang manusia sehingga bayi yang comel lote tue pun sanggup dibunuh..inilah akibat apabila terlalu mengikut kata nafsu...kalo depa ni kawen cepat2 kan senang…xda la tergadai nyawa insan2 yang x berdosa ini..

comelkan.tapi mereka tidak diberikan peluang utk hidup

Semoga dengan paparan ini dapat mnyedarkan kita betapa keji nyer perbuatan ini..


so renung2 dan fikir2 kan lah dengan mata hati..


PeAcE No WaR (^-^)



posted by bukannamasebenar @ 11:56 AM   0 comments
Monday, December 1, 2008
LEBUHRAYA PAK CIK TAIB
Fuuuh. Susah betul nak mengupdate semenjak dua menjak ni. Maklumlah. Bercuti. Penulis pun x dapat nak share gosip-gosip baru dan panas. Dulu di tengah hutan tu banyakla gosip-gosipnya. Ehh. Bukan gosip. Kisah benar. Tak baik gosip-gosip ni.

Hmmm. Kali ni cerita pasal pengalaman penulis lagi la yek! Baru-baru ni penulis berkunjunglah ke sebuah masjid berhampiran dengan tempat penulis bermastautin. Alhamdulillah. Ada kuliah time tu. Penulis pon tengah bosan. Tak tau nak buat pa. Joinla dengar kuliah tu. Tengok muka penceramah bersemangat semacam. Sebijik macam seorang abang di Surau Al-Saadah (bukan tempat sebenar) bagi tazkirah. Bersemangat betul!

So ustaz ni pon bercerita la pasal isu semasa. Isu remaja. Gejala so-sial. Remaja tu remaja ni lah. Penulis tengok kiri kanan. Macam penulis sorang je remaja kat sini (terperasan pulak). Yang lain semua pok-pok cik yang dah tua bertongkat belaka! "Aihh. Dia target aku ke ni", luah penulis kecuakan. Tapi takdekla pulak dia pandang kat penulis. Dok pandang pok-pok cik tu jua adanya.

Habis ceramah, penulis dengan muka tidak bersalah pergila berjumpa dengan penceramah ni. Nak dengar dialognya? Korang taklehla dengar. Baca je bleh.

Penulis : Assalamualaikum ustaz. Apa kabo?

Ustaz : Waalaikumussalam. Alhamdulillah.

Penulis : Ustaz, yang ustaz dok ceramah-ceramah pasal remaja ni gejala sosialla, rosakla, diorang ni dengar ke ustaz? Saya nampak pakcik makcik adala kat sini.

Ustaz : Takpela. Saje je saya ceramah tajuk tu. Nanti pakcik makcik ni bosan pulak. Ustaz yang dulu tak habis-habis cite pasal haid and nifas je walaupon dah ceramah berbelas tahun. Saya tukarla sket.

Penulis : Ustaz pernah tak pegi ceramah kat remaja-remaja yg ustaz cakap bermasalah ni? Pernah lepak dengan mat rempit?

Ustaz : Huisy. Tak pernah. Takut saya. Lagipon diorang tu bukan makan nasihat.

Penulis : Wateverla ustaz!!!


Hmm. Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ini. Kita cuba berdakwah namun sasaran dakwah kita tidak kena (cewah ayat). Macam contoh tadi. Ustaz tu punyala cakap berapi-api pasal remaja tapi tak pernah pon dia turun kepada remaja bagi ceramah macam tu. Kalaulah ada pon remaja kat masjid tu, sah-sahla remaja tu tak g merempit! Kalo x dia x datang masjid! Yang tu buat apa nak g cite kat dia pasal mende2 ni. Elok diajar bab Feqah ke Hadis ke. Nanti kalo dok cakap-cakap pasal mat rempit last2 dia pon teringin nak merempit.

Penulis kagum jugakla dengan PAS(bukan parti sebenar). Bangunannya tu haa tau x kat mane??? Dekat jalan Raja Laut nu haa. Dekat dengan Lorong Haji Taib dan Chow Kit. Baru-baru ni penulis adala belek-belek suratkhabo ni. Tak minat sangat sebenonya baca paper ni. Penulis terbaca satu part di mana ada ustaz ni turun bertazkirah di Lorong Haji Taib. Hah! Ini barulah betul. bukannya kita cakap berapi kat masjid dan surau tapi apinya terpadam kat situ jugak. Asapnya pon xd. Tak sampai pon apa yang patutnya disampaikan kepada golongan yang harus disampaikan (ayat berbelit).



Penulis ni bukanlah pandai sangat ilmu agama. Pendidikan Islam pon cukup-cukup makan je hari tu. tapi penulis sedihla tengok realiti pendakwah sekarang ni. Kalau di masjid tu beribu dalil boleh keluar pasal jangan ganggu pempuanla, jangan kapella. tapi bila berhadapan dengan golongan ni, eh, lalu je. Diam seribu bahasa. Kalo pendakwah macam tu, orang macam penulis ni lagi la. Join buat maksiatla gamoknya. Nauzubillah.

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 4:49 PM   0 comments
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates