Wednesday, November 26, 2008
so-SIAL?
hai!sorry for d late post..penulis sedang mencari ilham dalam sehari-dua nih..maklumlah,repoter2 penulis kan sedang bercuti..cuti semester la katekan..so tak bole la nak bawakan kontroversi2 yang ade sekitar tempat penulis menuntut(k****)..maaf ye??

ha!!walaupun bukan di k****,bukan bermaksud penulis tak ade ape2 berita mahupun kontroversi yang ingin dikongsi,tau! dunia kat luar lagi luas,maka lagi banyaklah kisah yang nak dikongsi untuk paparan dan renungan bersama..(pergh!ayat tazkirah tu!!)

nak dijadikan cerita,semalam penulis bersiar2 di kota tempat penulis menetap..kat mane tu??tak boleh la nak khabarkan kat sini,nanti identiti penulis terbongkar!sape yang susah kelak?penulis dan badan sendiri la kan..(sekadar selingan)

penulis duduk di tangga depan pintu masuk seketika sementara menunggu teman tapi mesra penulis sampai(^-^)..agak lame jugak la penulis tunggu kat depan tuh! 30min kot..semasa menunggu,penulis ade tergelak2 dan tersenyum kadang2..nak tahu tak sebabnye?ha!penulis nampak macam2 ragam pemuda melayu yang kemungkinan besar beragama Islam berlegar-legar depan penulis..

yang pelik dan jeliknye,(ayat kontroversi) mereka ni datang dalam pelbagai pakej..menarik dan unik2 pula 2..setiap pakej ade kelebihan yang tersendiri..lelakinya yang bercelak hitam tahap legam,berambut landak dan berjeans ketat..pompuannye pula ade yang bertudung,baju ketat sehingga nampak lemak2 di kiri kanan pinggang,dan berjeans ketat juga..

pakej yang lebih menarik bagi penulis adalah pasangan yang berpelukan, dan berkostum sedondon..seperti pinang dibelah dua gitu!yang cowoknya berbaju sendat,berantai basikal dileher(rantai besar yang ikat basikal zaman2 bawa basikal ke sekolah 2!),dan bergelang tajam disebelah tangan..ceweknya pula hampir serupa,cuma rambut je yang panjang sikit..yang musykilnye,gelang tajam kat tangan tu tak pernah tercocok ke kat pinggang teman yang dipeluk???aduh,sakitnye kalau tercocok!ish..ish..


penulis terfikir sejenak..budaya mane yang diikuti?trend mane yang diselami? sampai timbul pakej2 berlainan macam kat Malaysia nih..kalau kat sekolah dulu,rakan2 penulis akan bagi jawapan,"Remaja sekarang ni ikot Budaya Barat cikgu!". tapi penulis musykil lagi sekali..betol ke budaya barat menjadi faktor utama penyilangan masyarakat dan budaya Melayu??

secara tibe2,penulis teringat balik satu artikel yang penah dibaca..artikel ni membincangkan konflik ironi situasi yang berlaku kat Malaysia ni sebagai sebuah negara Islam..mengapa Umat Islam kat Malaysia ni take things for granted,sedangkan penganut Islam di US contohnya, lebih berusaha untuk mencari hidayah sebenar??pendek kata,umat Islam disana lebih mendalami Islam..bukan seperti kita di Malaysia,Islam hanya pada nama,dihati tiada rasa!mengapa???

baru-baru ni,dunia dikejutkan dengan berita bahawa raja pop dunia, Michael Jackson (bukan name sebenar,hehe) memeluk Islam..ha!!terperanjat berok semua!yela,penyanyi yang byk kontroversi la katekan..btol tak??tapi,hal ini bukti masyarakat Islam di US makin kuat..setuju tak??

jangan salah paham,penulis bukan nye nak kritik para pembaca yang berbudaya begitu(gothic,punk n what not)..mungkin sekadar penampilan luaran,namun dihati,siapa tahu kan??(^-^)so, diharapkan pembaca dapat sedikit sebanyak input yang hendak disampaikan..

sekian!fikir2 dan renung2kanlah..

pEacE no WAr!

adios!

*gambar2 sekadar hiasan..tiada kene-mengena pada yang hidup atau mati..
posted by bukannamasebenar @ 11:49 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates