Sunday, March 1, 2009 |
TIADA TAJUK DALAM FRENSTER |
Apabila hati resah ini Mula berkata sudah Mengapa ada saja yang cuba Menceraikan nilai diri yang makin tiada
Apabila terdengar bisikan sukma Agar jauh menjauhi semua ada saja yang mengatakan dirinya masih muda
Aku bukannya nabi! Aku bukannya ulama! Aku bukannya bersekolah agama! Akukan masih muda, banyak lagi masa untuk ku, hidup mesti 'enjoy'...
Jika aku berkata kasar Bukan itu yang disuruh baginda Jadi bagaimana ingin diri ini melihat kedamaian kebahagiaan Yang dituntut oleh Maha Pencipta Segala
Aku bukannya seorang tahfiz yang cukup benar melepaskan hujah dek dihujani kata-kata celaka Jika merintih adakah manusia yang mendengarnya Jika menagih adakah manusia yang melihatnya
Teringat pula akan kata-kata Siapa? Bush! Salah benar untukku mendengar kata-kata pendusta
Yang kudengar Hussain Bin Ali r.a. apabila anaknya berumur belasan tahun yang ditikam musuh yang berkata megah bahawa merekalah pemegang agama
"Ayah, aku dahaga..." "Sabarlah nak, sebentar lagi Rasulullah akan memberi kamu minum dengan cawan dari syurga"
(I'm not an angel to be like that...) (Enough!) (Kalau awak nak buat baik, buat baikla sorang-sorang)
Mestikah hati ini kembali seorang diri Membiarkan teman yang lain masih terlupa Mungkin mereka tidak sedar Mungkin ada yang memaksa mereka Mungkin ada syaitan manusia yang cuba memusnahkan segala
Bukan kupinta untuk mereka bersolat 24jam Sujud sehingga dahi terluka Ku tidak halang untuk mereka bergembira Ku tidak katakan usah kau melayari internet Sedang kusendiri menggunakannya Bukan kupinta sekadar hanya melihat artikel agama Yang lain itu dosa Yang lain itu lara Yang lain itu tidak berguna Sekali pun tidak kuhalang mereka menggunakan 'friendster''myspace' ber'chatting'... Sudah lumrah alam yang moden terutama mereka yang bergelar remaja Bukankah mereka itu separuh gila
Yang kupinta ibu ayah tidak dilupa Akhlak dan maruah diri harus dijaga Azan berkumandang dilaksanakan seruannya Nasihat baik diterima Perintah agama sentiasa di jiwa Yang dilontar dari mulut itu biarlah emas permata Pinta dibuang kata-kata hina DENGKI! BENCI! FITNAH! DUSTA! KHIANAT! Itulah yang kupinta jangan
(What's wrong with U,huh..! Engkau ni tak paham-paham laa!)
Sabar teman, benarkah umurmu masih panjang?
Dipetik dari laman friendster AMIR, Pres MUSCOM yang baru |
posted by bukannamasebenar @ 12:52 AM  |
|
|
|
~PROFILE~ |
|
~PREVIOUS POST~ |
|
~ARCHIVES~ |
|
~DISCLAIMER~ |
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar |
~KUMPUL PENDAPAT~ |
ShoutMix chat widget
|
~CLOCK~ |
|
~CALENDAR~ |
|
~VISITORS INFO~ |
|
~KYUEM LINKS~ |
|
Template by |
|
|