Sunday, March 1, 2009
TIADA TAJUK DALAM FRENSTER
Apabila hati resah ini
Mula berkata sudah
Mengapa ada saja yang cuba
Menceraikan nilai diri yang makin tiada

Apabila terdengar bisikan sukma
Agar jauh menjauhi semua
ada saja yang mengatakan dirinya masih muda

Aku bukannya nabi!
Aku bukannya ulama!
Aku bukannya bersekolah agama!
Akukan masih muda, banyak lagi masa untuk ku, hidup mesti 'enjoy'...

Jika aku berkata kasar
Bukan itu yang disuruh baginda
Jadi bagaimana ingin diri ini melihat kedamaian kebahagiaan
Yang dituntut oleh Maha Pencipta Segala

Aku bukannya seorang tahfiz yang cukup benar melepaskan hujah dek dihujani kata-kata celaka
Jika merintih adakah manusia yang mendengarnya
Jika menagih adakah manusia yang melihatnya

Teringat pula akan kata-kata
Siapa?
Bush!
Salah benar untukku mendengar kata-kata pendusta

Yang kudengar
Hussain Bin Ali r.a.
apabila anaknya berumur belasan tahun yang ditikam musuh
yang berkata megah bahawa merekalah pemegang agama

"Ayah, aku dahaga..."
"Sabarlah nak, sebentar lagi Rasulullah akan memberi kamu minum dengan cawan dari syurga"

(I'm not an angel to be like that...)
(Enough!)
(Kalau awak nak buat baik, buat baikla sorang-sorang)

Mestikah hati ini kembali seorang diri
Membiarkan teman yang lain masih terlupa
Mungkin mereka tidak sedar
Mungkin ada yang memaksa mereka
Mungkin ada syaitan manusia yang cuba memusnahkan segala

Bukan kupinta untuk mereka bersolat 24jam
Sujud sehingga dahi terluka
Ku tidak halang untuk mereka bergembira
Ku tidak katakan usah kau melayari internet
Sedang kusendiri menggunakannya
Bukan kupinta sekadar hanya melihat artikel agama
Yang lain itu dosa
Yang lain itu lara
Yang lain itu tidak berguna
Sekali pun tidak kuhalang mereka menggunakan 'friendster''myspace'
ber'chatting'...
Sudah lumrah alam yang moden
terutama mereka yang bergelar remaja
Bukankah mereka itu separuh gila

Yang kupinta ibu ayah tidak dilupa
Akhlak dan maruah diri harus dijaga
Azan berkumandang dilaksanakan seruannya
Nasihat baik diterima
Perintah agama sentiasa di jiwa
Yang dilontar dari mulut itu biarlah emas permata
Pinta dibuang kata-kata hina
DENGKI! BENCI! FITNAH! DUSTA! KHIANAT!
Itulah yang kupinta jangan

(What's wrong with U,huh..! Engkau ni tak paham-paham laa!)

Sabar teman, benarkah umurmu masih panjang?

Dipetik dari laman friendster AMIR, Pres MUSCOM yang baru
posted by bukannamasebenar @ 12:52 AM   1 comments
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates