Saturday, November 29, 2008
AYAM KE TELUR DULU???
Baru-baru ini penulis adalah berkunjung ke sebuah masjid berdekatan dengan kediaman penulis. Dah lama jugak x jejakkan kaki. Maklumlah. Lama duduk dalam utan di tengah-tengah Malaysia tu. Damai dan syahdu sungguh rasanya. Disulami hembusan bayu yang bertiup sepoi-sepoi berbahasa Melayu.

Nak dijadikan cerita, berlakulah satu kemeninggalan dunia ayahanda kepada seorang ahli kariah. Yang peliknya (xleh nak pakai yang pelik lagi jelik. kontroversi) terus berpakat tok-tok imam dan sepupu sepapat mereka beserta ahli kariah yang lain untuk mengadakan bacaan tahlil dan yasin.

bukan gambar sebenar

Aihh. Hamba Allah tu baru je meninggalnya beberapa ketika. Memanglah jauh jaraknya. Bukan kat negeri sama pon! Tapi, mana yang lagi utama ni??? Yasin dan tahlil ke solat jenazah??? Penulis pun hairan lagi pelikla melihat situasi ni. Penulis pun tanyala kat Pak Imam.

Penulis : Assalamualaikum pak Imam. Awat x buat solat jenazah ghaib je? Baru lagi meninggal ni

Pak Imam : Waalaikumussalam. Hmmm. Betul jugak. Xpela. Semua semangat nak bertahlil dan yasin ni!

Penulis : Wat everla imam oiiii

Itulah situasi yang berlaku. Penulis rase bukan kat tempat penulis je, tapi berlangsung di segenap alam maya bumi Melayu nusantara ni. Tak paham penulis. Sedangkan Nabi SAW tu bersolat jenazah secara ghaib bila mendapat perkhabaran pemergian Najashi, Raja Habshah. Takdek pulak nabi SAW kumpul sahabat-sahabat ajak bertahlil dan beryasin!!

Penulis ni bukanla nak condemn orang yang baca yasin ke tahlil ke bila ada orang meninggal. Bacala. Soal pahala tu sampai ke x kat si mati biarlah Allah yang menentukan. Cuma soalnya sekarang, mana nak didulukan ni??? Solat jenazah bersumberkan sunnah ke tahlil dan yasin???

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah ek!

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 10:11 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates