Monday, December 1, 2008
LEBUHRAYA PAK CIK TAIB
Fuuuh. Susah betul nak mengupdate semenjak dua menjak ni. Maklumlah. Bercuti. Penulis pun x dapat nak share gosip-gosip baru dan panas. Dulu di tengah hutan tu banyakla gosip-gosipnya. Ehh. Bukan gosip. Kisah benar. Tak baik gosip-gosip ni.

Hmmm. Kali ni cerita pasal pengalaman penulis lagi la yek! Baru-baru ni penulis berkunjunglah ke sebuah masjid berhampiran dengan tempat penulis bermastautin. Alhamdulillah. Ada kuliah time tu. Penulis pon tengah bosan. Tak tau nak buat pa. Joinla dengar kuliah tu. Tengok muka penceramah bersemangat semacam. Sebijik macam seorang abang di Surau Al-Saadah (bukan tempat sebenar) bagi tazkirah. Bersemangat betul!

So ustaz ni pon bercerita la pasal isu semasa. Isu remaja. Gejala so-sial. Remaja tu remaja ni lah. Penulis tengok kiri kanan. Macam penulis sorang je remaja kat sini (terperasan pulak). Yang lain semua pok-pok cik yang dah tua bertongkat belaka! "Aihh. Dia target aku ke ni", luah penulis kecuakan. Tapi takdekla pulak dia pandang kat penulis. Dok pandang pok-pok cik tu jua adanya.

Habis ceramah, penulis dengan muka tidak bersalah pergila berjumpa dengan penceramah ni. Nak dengar dialognya? Korang taklehla dengar. Baca je bleh.

Penulis : Assalamualaikum ustaz. Apa kabo?

Ustaz : Waalaikumussalam. Alhamdulillah.

Penulis : Ustaz, yang ustaz dok ceramah-ceramah pasal remaja ni gejala sosialla, rosakla, diorang ni dengar ke ustaz? Saya nampak pakcik makcik adala kat sini.

Ustaz : Takpela. Saje je saya ceramah tajuk tu. Nanti pakcik makcik ni bosan pulak. Ustaz yang dulu tak habis-habis cite pasal haid and nifas je walaupon dah ceramah berbelas tahun. Saya tukarla sket.

Penulis : Ustaz pernah tak pegi ceramah kat remaja-remaja yg ustaz cakap bermasalah ni? Pernah lepak dengan mat rempit?

Ustaz : Huisy. Tak pernah. Takut saya. Lagipon diorang tu bukan makan nasihat.

Penulis : Wateverla ustaz!!!


Hmm. Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita zaman sekarang ini. Kita cuba berdakwah namun sasaran dakwah kita tidak kena (cewah ayat). Macam contoh tadi. Ustaz tu punyala cakap berapi-api pasal remaja tapi tak pernah pon dia turun kepada remaja bagi ceramah macam tu. Kalaulah ada pon remaja kat masjid tu, sah-sahla remaja tu tak g merempit! Kalo x dia x datang masjid! Yang tu buat apa nak g cite kat dia pasal mende2 ni. Elok diajar bab Feqah ke Hadis ke. Nanti kalo dok cakap-cakap pasal mat rempit last2 dia pon teringin nak merempit.

Penulis kagum jugakla dengan PAS(bukan parti sebenar). Bangunannya tu haa tau x kat mane??? Dekat jalan Raja Laut nu haa. Dekat dengan Lorong Haji Taib dan Chow Kit. Baru-baru ni penulis adala belek-belek suratkhabo ni. Tak minat sangat sebenonya baca paper ni. Penulis terbaca satu part di mana ada ustaz ni turun bertazkirah di Lorong Haji Taib. Hah! Ini barulah betul. bukannya kita cakap berapi kat masjid dan surau tapi apinya terpadam kat situ jugak. Asapnya pon xd. Tak sampai pon apa yang patutnya disampaikan kepada golongan yang harus disampaikan (ayat berbelit).



Penulis ni bukanlah pandai sangat ilmu agama. Pendidikan Islam pon cukup-cukup makan je hari tu. tapi penulis sedihla tengok realiti pendakwah sekarang ni. Kalau di masjid tu beribu dalil boleh keluar pasal jangan ganggu pempuanla, jangan kapella. tapi bila berhadapan dengan golongan ni, eh, lalu je. Diam seribu bahasa. Kalo pendakwah macam tu, orang macam penulis ni lagi la. Join buat maksiatla gamoknya. Nauzubillah.

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 4:49 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates