Friday, December 5, 2008
ANAK2 KITE (DAH BERANAK KE??)
Fuuh. Dah berpuluh jam x update. Maklumlah cuti2 ni. Payah betol nak dapat idea dan berite! Kalo berite pasal negare tu banyakla. Maklumla. Rajin bace suratkabo! Kat dalam hutan tu payah skit nak g membacenya. Sibuk sepanjang masa. Jarang ada free blocks ni!

Tadi masa penulis tengok katun SpongeBob (bukan kisah sebenar), seperti biasalah. Ada iklan di tengah siaran. Kalau takdek iklan macam mana agaknya yek? Tak gerakla kita depan tv nu haa. Kalo cite sejam sejamla dok melongok. Macam kat Mesir nu dia asingkan siaran iklan dengan cerita. Lepas cerita habis katalah 2 jam lepas tu barulah siaran iklan. Iklan je lepas tu. Katalah setengah jam. Tengokla ko kalo nak tengok iklan tu. Lepas tu sambung citer lain pulak. Macam mana? Nak buat kat Malaysia x?


katun sponge bob kegemaran adik penulis

Huisy. Dah merepek jauh dah ni. Bukan penulis nak cerite pasal iklan tu. Tapi satu iklan yang penulis tengok semasa menonton (bukan menuntun). Ada iklan Idola Kecil. Amboi. Bukan mainla lagi la budak-budak ni menyanyi dan menari atas pentas tu. Bagai pentas itu mereka yang punya. Dari lagu klasik hinggala ke lagu rock. Ada yang suara sedap. Ada yang boleh masuk Pertandingan Katak Puru Sedunia!

Kesian penulis melihat mereka ni. Kesian. Kecik2 lagi mak bapak dah ajar masuk mende2 macam tu. Kalau kecik2 dah masuk Idola Kecil, beso2 masuk Idola Besar la pulak. Eh, silap. Malaysian Idol. Tak payah blaja2 ni. Masuk kelas menyanyi je. UPSR, PMR, SPM semua x gune pon. Yang penting tau note, tau key, tau pitch. Apa2 lagila. Tak reti penulis pasal muzik2 ni.

idola Malaysia? penulis x


Mak bapak ni pon satu hal. Hantarla anak masuk Pintar Pintas ke(ada lagi ke crite ni?), rancangan... Aaah. Terhenti. Nampak sgt kite kurg rancangan berinformasi utk kanak2. Ni nak salahkan stesen tv lak ni. Huh.

Ape realiti yang berlaku ni kita jadikanla iktibar dan pengajaran. Kite tak lama lagi nak jadik mak bapak orang jugak. Ye dok? InsyaAllah. Janganla nanti kita hanto anak2 kite masuk rancangan2 mcm ni. Rosak2. Nak hanto anak pon hantola rancangan bermanfaat. Masuk along ke jadi Siti Sifir (bukan nama sebenar). Amacam? Best?

Kalo kita jadi org dlm stesen tv pulak janganla buat rancangan2 merosakkan budak mcm ni! Buatla yang bermanfaat. Melahirkan generasi yang cerdik dan celik ilmu. Buat kuiz agama ke, kuiz patriotik ke utk budak2. Buat yg glemer la bagi masuk tv. Baru mak bapak smgt skit nk hntr. Kan bagus tu!

Dahla. Banyak sangat merepek. Sekian sahaja...

Peace no war ^-^
posted by bukannamasebenar @ 3:59 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
~PROFILE~
My Photo
Name:
Location: Beringin Valley(bukan tempat sebenar), Dunia(bukan tempat sebenar)
~PREVIOUS POST~
~ARCHIVES~
~DISCLAIMER~
Semua nama yang digunakan dalam penulisan di blog ini adalah menggunakan bukan nama sebenar
~KUMPUL PENDAPAT~


ShoutMix chat widget

~CLOCK~
~CALENDAR~
~VISITORS INFO~

~KYUEM LINKS~
Template by
Blogger Templates